Excel Tables

excel tables
Satu contoh Excel Tables

Semua data yang kita masukkan setakat ini di masukkan ke dalam sel – sel Excel bagi membentuk set data.

Di dalam Excel ini boleh mentakrifkan sekumpulan set data sebagai Table atau Jadual.

Mentakrifkan set data sebagai Table akan membuka pelbagai fungsi dan kebolehan yang tidak akan diperolehi sekiranya kita terus bekerja dengan set data.

Dalam pelajaran ini kita akan melihat bagaimana hendak mencipta Tables dari set data dan bagaimana hendak bekerja dengannya.

Langkah 1: Mencipta Excel Table

Dalam langkah pertama ini kita akan mencipta satu Excel table dari set data dalam worksheet markah. Fungsi mencipta Excel table terletak di menu Insert > Table. Animasi di bawah menunjukkan bagaimana henda melakukannya.

creating excel tables
Mencipta Excel Table

Jangan lupa memilih semua set data anda terlebih dahulu sebelum mengenakan fungsi Insert > Table

Fungsi Undo Excel

Kadangkala dalam mengerjakan fungsi Excel, anda mungkin melakukan kesilapan. Anda tidak perlu khuathir kerana Excel atau fungsi Undo yang boleh membalikkan worksheet anda kepada keadaan sebelum kesilapan dilakukan. Animasi di bawah menunjukkan bagaimana hendak menggunakan fungsi Undo Excel.

excel undo function
Menggunakan Fungsi Undo Excel

Anak panah lawan pusingan jam adalah butang Undo di dalam Excel. Tekan butang ini sebaik sahaja anda melakukan kesilapan. Anda boleh tekan butang Undo berulang kali untuk membalikkan keadaan beberapa peringkat ke belakang.

Anda boleh mencubakan dalam aplikasi Excel anda sekarang. Namun jangan lupa untuk mencipta Excel table sebelum meneruskan ke langkah seterusnya.

Langkah 2: Menambah Lajur dalam Excel Table

Walaupun saiz Excel Table kelihatan akan tetap, namun hakikatnya ianya amatlah flesibel. Anda boleh mengembangkan saiz Excel Table anda dengan hanya menaipkan nama lajur yang baru. Excel akan secara automatik membesarkan Table untuk memuatkan lajur baru berkenaan seperti yang diajar dalam animasi di bawah.

excel expand table automatically
Menambah Lajur dalam Excel Table

Hanya dengan menaip nama lajur baru sahaja, Excel Table diperkembangkan untuk merangkumi set data baru.

Langkah 3: Autofit Column Width

Anda boleh melaraskan kelebaran lajur baru dengan mudah bagi menampakkan keseluruhan kandungannya dengan menggunakan Autofit Column Width. Sila lakukan langkah – langkah dalam animasi di bawah untuk belajar menggunakan fungsi ini.

excel autofit column width
Autofit Column Width

Anda boleh laraskan sebarang bilangan lajur Excel dengan memilih lajur -lajur berkenaan dan menggenakan fungsi Autofit Column Width.

Langkah 4: Copy Format

Dalam langkah seterusnya kita akan menyalin format data ke dalam lajur baru yang dicipta. Teknik ini sudahpun dipelajari dalam pelajaran lepas dan akan banyak menjimatkan masa kita dalam meformat data Excel. Ikut sahaja langkah – langkah dalam animasi di bawah.

excel copy format
Menyalin Format Data

Format data dari satu lajur disalin ke lajur baru yang dicipta dalam Excel Table. Ini dilakukan untuk mempercepatkan kerja.

Langkah 5: Data Baru

Setelah mengenakan format kepada lajur baru dalam Excel Table, anda boleh mula masukkan data ke dalam sel – selnya. Animasi di bawah menunjukkan satu contoh memasukkan data dalam lajur baru Excel Table anda.

excel new coloumn data
Memasukkan Data

Data yang dimasukkan akan dikenakan format secara automatik.

excel complete data in column

Lengkapkan Data Baru

Menggunakan gambar di atas sebagai rujukkan, silalah lengkapkan semua sel - sel dalam lajur B. Inggeris dengan datanya.

Langkah 6: Menambah Baris Dalam Excel Table

Seperti anda boleh menambahkan lajur pada Excel Table, anda juga boleh menambahkan baris baru ke dalam Excel Table. Animasi di bawah menunjukkan bagaimana hendak menambahkan baris dalam Excel Table.

excel table create new row
Menambah Baris Dalam Excel Table

Anda hanya perlu menambahkan satu data pada baris baru di bawah Excel Table. Melakukan ini akan menyebabkan Excel Table dikembangkan secara automatik untuk merangkumi baris baru berkenaan.

Langkah 7: Data Dalam Baris Baru Excel Table

Dalam menambahkan baris dalam Excel Table, anda tidak perlu menyalin atau mengenakan format pada sel – sel dalam baris baru. Ini kerana sel – sel dalam baris baru Excel Table akan mengambil format sel – sel di atasnya secara automatik. Ini adalah satu lagi kelebihan menggunakan Excel Table. Animasi di bawah menunjukkan fungsi ini dalam aksi.

excel table row new data
Memasukkan data dalam baris baru Excel Table

Anda tidak perlu mengenakan sebarang format. Cuma taip sahaja data baru anda dan ianya akan menggunakan format sel yang di atasnya secara automatik.

Langkah 8: Menggerakkan Lajur

Dengan Excel Table, anda tidak terikat pada susunan lajur – lajur anda. Jika anda mahu anda boleh mengubah kedudukan lajur – lajur anda dengan hanya tekan dan heret lajur ke lokasi baru. Anda cuma perlu pastikan lokasi baru untuk berpadan dengan data dan struktur Excel Table anda. Animasi di bawah menunjukkan bagaimana hendak menggerakkan lajur Excel Table anda.

Menggerakkan Lajur Dalam Excel Table

Perhatikan anda patut tekan pada kepala lajur untuk beberapa saat sebelum munculnya bayangan lajur yang boleh anda heret ke lokasi baru. Selagi bayaran tidak kelihatan, anda tidak akan dapat heret lajur.

Jangan lupa anda boleh gunakan fungsi Undo jika berlaku kesilapan.

Penutup

Dalam pelajaran ini anda sudah pelajari teknik baru dalam menstruktur data Excel anda menggunakan Excel Table. Anda sudah pelajari semua teknik yang anda perlu tahu untuk memasukkan data, meformat, menambah lajur dan baris dan mengubah kedudukan lajur – lajur dalam Excel Table. Semua kemahiran ini akan diperkembangkan lagi dalam membantu anda menggerjakan dan menganalisa data menggunakan Excel Table dalam pelajaran – pelajaran akan datang.

Tugasan

excel assignment

Untuk melengkapkan pelajaran ini, sila lengkap data dalam worksheet Markah supaya mengandungi data seperti di atas.

Setelah memasukkan data, sila WhatsApp paparan skrin dalam aplikasi Excel anda kepada pensyarah untuk diperiksa.