Tarikh & Masa

excel-date-time-assignment

Dalam pelajaran lepas anda telah belajar bagaimana hendak mengisi data dan format data Excel dalam bentuk matawang dan dan melaraskan titik perpuluhan. Dalam pelajaran ini kita akan belajar bagaimana hendak mengisi dan format data Excel dalam berbentuk tarikh dan masa. Kita juga akan belajar bagaimana kita boleh menyalin format data tanpa menyalin data itu sendiri.

Format data dalam bentuk tarikh dan masa sangat berguna apabila kita ingin data yang sensitif masa. Untuk itu anda akan cipta satu set data yang mengandungi maklumat seperti digambarkan di atas

Peringkat 1: Menyediakan Worksheet Baru

Untuk semua kerja dalam pelajaran ini, kita akan lakukannya dalam satu worksheet yang baru. Oleh itu sila:-

  1. Sila cipta baru dan namakannya Tarikh & Masa. Anda juga boleh tukar nama salah satu worksheet dengan nama – nama bulan yang kita gunakan sebelum ini dan meletakkan nama baru Tarikh & Masa.
  2. Masukkan tajuk set data seperti yang digambarkan dalam gambar di bawah.

Worksheet yang perlu anda siapkan.
Anda sepatutnya sudah boleh lakukan semua ini tanpa perlu diberikan animasinya.Jika anda tidak pasti atau sudah lupa, sila rujuk pelajaran yang lepas.

Peringkat 2: Format Tarikh

Kita akan meletakkan format tarikh untuk data pada lajur Tarikh. Kita akan formatkan data sehingga baris ke sepuluh.

Untuk melakukannya anda perlu buka menu Home > Number Format dan ikuti langkah – langkah seperti dalam animasi di bawah.

Seperti yang dapat anda lihat, Excel memberikan pelbagai jenis format untuk tarikh. Pilih sahaja format yang sesuai dengan keperluan anda. Jika tidak pasti, rujuk guru, majikan atau dokumentasi kerja anda.

Setelah anda format data ke dalam bentuk tarikh langkah seterusnya adalah memasukkan data tarikh berkenaan. Excel mobile mempunyai cara istimewa untuk memasukkan data tarikh. Rujuk animasi di bawah.

Memasukkan Data Tarikh

Menggunakan Fungsi Kalender Excel Mobile

Seperti yang dapat anda lihat, Excel Mobile membenarkan anda menggunakan fungsi Calendar untuk memasukkan data bercorak tarikh. Perhatikan fungsi ini hanya muncul sekiranya sel tersebut sudah diformat kepada data tarikh.

Jika anda tidak mahu menggunakan fungsi Calendar, anda masih boleh memasukkan tarikh dengan kaedah tradisional iaitu menaip terus ke dalam sel. Namun anda mungkin terpaksa format penaipan anda menggunakan bentuk bulan-hari-tarikh kerana ini adalah format piawaian Excel. Jadi jika anda hendak menaipkan 12hb Januari, 2020 anda mungkin perlu taip 1/12/2020 dan bukannya 12/1/2020. Silalah cuba sendiri dengan memasukkan tarikh ini sebagai data kedua.

Peringkat 3: Format Masa

Setelah mempelajari teknik untuk format dan masukkan data tarikh, kita sekarang anda lihat bagaimana hendak format dan masukkan data berbentuk masa.

Langkah 1: Format Data Masa

Langkah pertama adalah untuk kita format cell range yang hendak dimasukkan data masa ke format data masa. Fungsinya masih terdapat di menu Home > Number Format seperti yang diajar dalam animasi di bawah.

exce time format
Format Data Tarikh

Excel memberikan pelbagai jenis format masa. Pilih yang sesuai dengan situasi anda.

Langkah 2: Memasukkan Data Tarikh

Setelah kita menentuk format data masa pada julat sel (cell range) yang diperlukan. Kita boleh cuba memasukkan data masa. Seperti yang ditunjukkan dalam animasi di bawah, Excel mempunyai fungsi khas Clock yang membantu anda memasukkan data berbentuk masa.

Memasukkan Data Masa
excel clock function

Fungsi Clock Excel memerlukan sedikit penjelasan. Kali pertama anda memilih waktu dengan nilai jam. Satu skrin seperti di atas kelihatan yang memaparkan nilai jam dalam format 24jam. Nilai 1 hingga 12 adalah untuk jam 1 pagi hingga 12 tengah hari. Nilai 13 hingga 00 adalah untuj jam 1 tengah hari hingga 12 tengah malam. Anda perlu tekan pada satu nombor sahaja. Melakukan demikian akan terus memaparkan skrin untuk memilih nilai Minit pula.

Selepas memilih nilai Jam anda dihidangkan dengan skrin seperti di atas untuk memilih nilai Minit pula. Ianya terdiri dari nilai 00 hingga 59 dan di paparkan pada julat 5 minit. Anda boleh gerakkan penanda untuk memilih nilai minit dengan tepat. Tekan OK bila selesai.

Peringkat 4: Data Teks & Data Validation

Dalam peringkat ini kita akan masukkan data – data teks berbentuk nama – nama bank. Kita juga akan pelajari satu ciri istimewa Excel Mobile yang dipanggil Data Validation.

Langkah 1: Memasukkan Data Teks Nama Bank

Dalam Langkah 1, kita akan masukkan data nama – nama dua bank iaitu Maybank dan CIMB seperti yang digambarkan di bawah.

excel bank names
Masukkan Nama Bank
Langkah 2: Data Validation

Excel Mobile mempunyai ciri Data Validation apabila anda memasukkan data berupa teks seperti nama. Ciri data validation ini memastikan yang data yang sama dimasukkan dengan betul dan tidak ada kesilapan penaipan. Lihat animasi di bawah untuk memahami ciri ini dengan lebih jelas.

excel data validation
Ciri Data Validation

Seperti yang dapat anda lihat, apabila and mula menaip nama bank yang pernah ditaipkan sebelum ini, Excel memberikan paparan menu untuk anda memilih nama bank tersebut. Ciri inilah yang dikenali sebagai Data Validation dan ianya memastikan yang data yang sama sentiasa dimasukkan dengan betul. Ciri Data Validation ini adalah automatik di dalam Excel Mobile sahaja. Bagi Excel versi komputer dan Online, anda perlu mengaktifkan ciri Data Validation ini secara manual.

Peringkat 5: Matawang & Format Painter

Dalam peringkat terakhir ini kita akan memasukkan nilai amaun dalam matawang. Kita hendak nilai matawang diformat dengan betul seperti yang kita lakukan dalam pelajaran lepas. Anda mungkin runsing memikirkan ini kerana kerja meformat matawang mungkin tidak begitu mudah bagi anda.

Mujurlah Excel mempunyai fungsi Format Painter. Menerusi fungsi Format Painter anda boleh menyalin format data dari satu julat sel dan mengenakannya pada julat sel di bahagian lain. Dengan cara ini anda tidak perlu menetapkan format data secara manual dengan membuka menu Home. Fungsi Format Painter boleh digunakan untuk menyalin dan menampal sebarang jenis format data.

Dalam animasi – animasi di bawah kami tunjukkan bagaimana hendak menyalin format data matawang dari worksheet Wang dan menampalkannya pada worksheet Tarikh & Masa.

Langkah 1: Menyalin Format Sel

Langkah pertama adalah untuk menyalin atau Copy format sel. Kita akan menyalin format sel dari sel dengan data matawang dari worksheet Wang. Ikuti langkah – langkah dalam animasi di bawah.

Menyalin Format Sel
Langkah 2: Menampal Format Sel

Setelah format sel disalin, kita seterusnya akan menampal atau Paste Formatting ke cell range yang akan mengandungi data berbentuk matawang. Lihat langkah – langkahnya dalam animasi di bawah.

excel paste cell formatting
Menampal Format Sel Pada Cell Range
Langkah 3: Mengisi Data Pra-Format

Langkah terakhir adalah untuk kita terus menaip data ke dalam sel yang sudah dikenakan format yang betul menggunakan fungsi Format Painter Excel. Jika anda mengenakan Format Painter dengan betul, data anda akan diformat secara automatik seperti yang ditunjukkan dalam animasi di bawah.

excel data entry after format painter
Masukkan Data ke Sel Yang Sudah Dikenakan Format Painter

Penutup

Dalam pelajaran ini anda bukan sahaja telah pelajari teknik untuk memasukkan data tarikh dan masa bahkan juga bagaimana hendak menggunakan fungsi Calendar dan Clock di dalam Excel Mobile untuk berbuat demikian.

Selain dari ini anda telah pelajari dua fungsi tambahan berguna yakni Data Validation dan Format Painter yang akan banyak membantu anda mengisi dan meformat data dengan betul dan cepat.

Tugasan

excel assignment

Untuk melengkapkan pelajaran ini, sila lengkap set data dalam worksheet Tarikh & Masa supaya mengandungi data seperti di atas. Berbeza dari pelajaran lepas dan bermula dari pelajaran ini pensyarah anda akan memerlukan anda menghantar fail workbook Excel yang anda kerjakan kepadanya. Ini supaya pensyarah anda boleh memeriksa sama ada anda telah memasukkan dan meformat data dengan betul. Anda tidak perlu hantar gambar screenshot. Pensyarah memerlukan fail XLSX Excel anda. Anda boleh menghantar fail XLS Excel anda dengan mudah kepada pensyarah menerusi WhatsApp. Sila ikuti langkah - langkah dalam animasi di bawah untuk melakukannya.

Bagaimana WhatsApp Fail Excel Kepada Pensyarah

Dalam animasi di atas kita melakukan carian untuk fail bernama book. Anda sepatutnya gantikan book dengan nama workbook Excel anda. Nama workbook terpapar di bahagian atas skrin Excel Mobile anda seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah. Sila pastikan anda menghantar fail Excel yang betul. Jika anda hadapi sebarang masalah, maklumkan pensyarah anda secepat mungkin.