Format Data Dalam Excel

excel complete data set
Set data yang dilengkapkan

Dalam praktikal pelajaran lepas kita memasukkan markah murid sebagai nombor. Di dalam Excel nombor boleh diberikan pelbagai jenis format. Sebagai contoh markah 85 peratus boleh juga ditulis sebagai 85% atau sebagai pecahan 85/100. Menjadi pilihan anda sendiri untuk menentukan format nombor yang hendak anda gunakan. Dalam pelajaran ini kita akan belajar kemahiran format data Excel bagi melengkapkan set data markah pelajar seperti digambarkan di atas.

Sebelum kita mulakan, mari kita akan lihat bagaimana hendak membesar sedikit paparan skrin Excel supaya datanya kelihatan lebih besar dan lebih mudah dikerjakan. Ikut langkah – langkah dalam animasi di bawah.

excel zoom in and out
Zoom In Excel

Anda boleh lakukan Zoom+ berulang kali untuk besarkan skrin Excel supaya tulisan kelihatan lebih besar. Sebaliknya menekan Zoom- akan mengecilkan skrin Excel dan memaparkan kawasan skrin yang lebih besar untuk dikerjakan.

Langkah 1: Memilih Data Yang Hendak Diformat

Dalam praktikal seterusnya kita akan lihat apa yang berlaku sekiranya kita menukar format nombor markah ujian kepada format peratusan atau percentage.

Langkah pertama adalah memilih data yang hendak kita kerjakan. di sini datanya cuma markah ujian iaitu dua nombor 85 dan 80 itu. Jadi kita akan memilih kedua nombor ini. Lakukan langkah – langkah seperti dalam animasi di bawah untuk memilih data dalam Excel.

excel selecting data ranges
Memilih Data Excel

Sebelum format data boleh ditukar, anda perlu memilih semua data yang hendak ditukar.

Langkah 2: Format Nombor ke Peratusan

Setelah data kita dipilih, kita bolehlah mengenakan fungsi Home > Number > Percentages kepada data pilihan kita. Lakukan langkah – langkah seperti dalam animasi di bawah untuk belajar tekniknya.

excel change number format to percentage
Menukar format nombor ke peratusan

Cara hendak menukar format nombor ke peratusan (percentage).

Langkah 3: Perbaiki Data

Seperti yang dapat anda lihat dalam animasi di atas, apabila satu nombor seperti 85 diletakkan format peratusan, ianya menjadi 8500%. Ini bukannya satu ralat tapi cuma cara bagaimana Excel menukar format nombor. Disebabkan inilah kita menentukan format nombor dari awal lagi sebelum memasukkan data yang banyak ke dalam Excel. Ini akan banyak menjimatkan masa dan mengurangkan stress.

Langkah seterusnya adalah untuk kita menaip semua data kita supaya ianya memberikan nilai yang betul. Kita boleh melakukan ini dengan dua cara. Cara pertama adalah dengan memadamkan data sedia ada dan menaipkan yang baru dalam bentuk perpuluhan seperti yang digambarkan dalam animasi di bawah.

excel decimal to percentages
Memadamkan data dan memasukkan data baru

Cara yang kedua adalah dengan mengedit data dan membuang bilangan digit kosong seperti yang di ajar dalam animasi di bawah.

excel edit percentages
Mengedit data dalam cell Excel

Langkah 4: Menambah Data

Langkah seterusnya adalah untuk kita menambah data. Kali ini apabila markah ujian dimasukkan kita boleh tapi nilai perpuluhan (0.65) atau peratusan 65% terus ke dalam cell. Lazimnya tabiat baik adalah menggunakan kaedah perpuluhan kerana ianya akan mempermudahkan kita menukar format nombor. Satu contoh diberikan dalam animasi di bawah.

excel format decimal
Menaip nombor perpuluhan untuk ditukar ke peratusan

Jangan lupa mencari fungsi Number Formatting di menu Home.

Tugasan

excel complete data set
Set data yang dilengkapkan

Untuk meneruskan ke pelajaran seterusnya, sila WhatsApp kepada pensyarah anda gambar screenshot set data Excel anda yang lengkap dan diformat dengan betul seperti di atas. Pensyarah akan memeriksa dan memberikan anda link untuk membuka kuiz dibawah. Jika anda ada sebarang soalan, jangan lupa ajukan kepada pensyarah anda.

Kuiz

Lakukan kuiz di bawah bagi menguji pemahaman anda akan kandungan pelajaran ini. Apabila tamat menjawab soalan terakhir, tekan butang Finish untuk periksa jawapan anda. Jika anda gagal, anda boleh tekan butang Retry untuk ulang. Apabila anda lulus, WhatsApp gambar skrin keputusan ujian kepada pensyarah sebagai bukti. Pensyarah akan memaklumkan anda akan langkah seterusnya.