Matlamat Pelajaran Kursus Excel
Selamat Datang ke Kursus Excel Mobile COMPU Studies. Sebelum kita teruskan, mari kenali apakah Matlamat Pelajaran ini:-
- Membuktikan bahawa anda boleh belajar Microsoft Excel dengan kaedah ini.
- Membuktikan kaedah pembelajaran ini berkesan dan memberikan anda kebebesan maksima.
- Membuktikan kaedah ini punya bantuan sokongan pensyarah bagi membantu anda dengan pembelajaran anda.
Cara Mengikuti Pelajaran
Kursus Excel Mobile ini diikuti 100% secara online. Anda tidak perlu hadir sebarang kelas. Namun anda akan masih menerima akses kepada pensyarah menerusi WhatsApp sepanjang anda mengikuti Kursus Excel ini.
Kursus ini boleh diikuti di sebarang alatan mobile jenis pintar. Tidak kira sama ada anda menggunakan alatan mobile jenis iOS atau Android, anda akan dapat mengikuti pelajaran dan melakukan semua latihan yang diberikan.
Topik Yang Akan Dipelajari
Untuk 3 pelajaran pertama kursus ini akan merangkumi topik – topik berikut:-
- Cara membuka atau mendapatkan akses kepada Microsoft Excel
- Mengenali skrin Excel
- Memasukkan data ke dalam Excel
Selepas setiap topik ini, anda akan dihidangkan dengan kuiz. Kuiz mengandungi soalan objektif yang perlu anda jawab. Anda perlu lulus kuiz untuk ke topik seterusnya. Jika anda gagal kuiz anda boleh ulangi kuiz tanpa had sehingga anda lulus.

Kemahiran Microsoft Excel sangat penting untuk anda maju dalam kerjaya anda.
Petua Untuk Berjaya
Untuk mendapatkan manfaat maksima dari Kursus Excel Mobile ini, sila amalkan petua – petua berikut:-
- Belajar Pelajaran secara serius. Belajar di tempat sunyi jauh dari gangguan orang lain.
- Lakukan semua latihan yang diajar dalam video pelajaran. Ianya akan membantu anda meningkatkan kemahiran anda dan juga amat penting dalam menjawab soalan kuiz.
- Bertanyakan pensyarah sebarang perkara yang anda kurang faham atau jelas. Hubungi pensyarah menerusi nombor WhatsApp yang sama yang anda menerima link untuk akses Kursus Excel Mobile ini.
Mengamalkan petua – petua di atas akan memberikan anda keyakinan bahawa anda boleh belajar Microsoft Excel menerusi kaedah ini.

Patuh arahan dalam pelajaran anda dan sentiasa komunikasi dengan pensyarah berkaitan sebarang isu yang muncul. Ikuti petua ini dan kami jamin anda akan berjaya.
Kuiz Pelajaran 1 Kursus Excel
Lakukan kuiz di bawah bagi menguji pemahaman anda akan kandungan pelajaran ini. Apabila tamat menjawab soalan terakhir, tekan butang Finish untuk periksa jawapan anda. Jika anda gagal, anda boleh tekan butang Retry untuk ulang. Apabila anda lulus, WhatsApp gambar skrin keputusan ujian kepada pensyarah sebagai bukti. Pensyarah akan memaklumkan anda akan langkah seterusnya.