kursus online

Belajar Bahasa Inggeris Dalam Bahasa Melayu Belajar Inggeris Dengan Mudah Dan Cepat Belajar Bahasa Inggris Belajar Conversation Belajar Grammar Cara Belajar Inggeris Cara Menguasai Bahasa Inggeris Cara Pandai Bahasa Inggris Cepat Courses To Learn English English Communication English Language Course English Learning English Lesson Conversation Practice English Speaking Classes Grammar Inggeris Improve English Kelas Bahasa English Kelas Bahasa Inggeris Kelas Bahasa Inggeris Dewasa Kelas Bahasa Inggris Kelas Belajar Bahasa Inggeris Kelas Inggeris Kursus Bahasa Inggeris Kursus Bahasa Inggeris Online Kursus Bahasa Inggris Kursus English Learn To English Language Learning English Learning English Course Mempelajari Bahasa Inggeris Online English Classes Pusat Bahasa Inggeris Speaking English Tuisyen Bahasa Inggeris Tuisyen English

Belajar Grammar Cara Belajar Inggeris Cara Menguasai Bahasa Inggeris Cara Pandai Bahasa Inggris Cepat Courses To Learn English English Communication English Language Course English Learning English Lesson Conversation Practice English Speaking Classes Grammar Inggeris Improve English Kelas Bahasa English Kelas Bahasa Inggeris Kelas Bahasa Inggeris Dewasa Kelas Bahasa Inggris Kelas Inggeris Kursus Bahasa Inggeris Kursus Bahasa Inggeris Online Kursus Bahasa Inggris Kursus English Learn To English Language Learning English Learning English Course Mempelajari Bahasa Inggeris Online English Classes Pusat Bahasa Inggeris Speaking English Tips Belajar Bahasa Inggeris Tuisyen Bahasa Inggeris Tuisyen English

English untuk Kerjaya & Bisnes
English untuk Pendidikan
English untuk Kehidupan
Previous
Next

Kursus Bahasa Inggeris

Belajar Bahasa Inggeris menggunakan perisian canggih dan interaktif kami. Dalam masa seminggu sahaja anda akan berbual seperti orang fasih dalam bahasa Inggeris. Pembelajaran sungguh mudah melalui bahasa perantaraan Bahasa Melayu. Tidak perlu sebarang pengalaman atau kelayakan bahasa Inggeris. Belajar dengan selesa di rumah sendiri. Tidak perlu hadir kelas bahasa yang jauh dan mahal.

Lupakan Cara Lama Belajar Bahasa Inggeris…

Lupakan sahaja cara lama anda belajar bahasa Inggeris di sekolah atau kolej dahulu. Cara itu tidak berkesan. Jika ianya berkesan, mengapa begitu ramai masih tidak fasih bertutur dalam bahasa Inggeris walaupun mendapatkan keputusan A++ dalam peperiksaan?

Ternyata sekali pencapaian akademik tidak boleh menjamin kefasihan bertutur dan menggunakan bahasa Inggeris. Untuk fasih dalam bahasa Inggeris, anda memerlukan pendekatan yang berbeza – anda memerlukan pendekatan yang baru.

Itulah yang dijanjikan oleh Kursus Bahasa Inggeris kami. Melalui kursus ini anda akan belajar lima petua penting yang jika diikuti akan menjamin 100% anda fasih bertutur bahasa Inggeris. Jangan takut, kami tidak akan meminta anda membaca buku bahasa Inggeris ataupun menjadi mahir dalam English Grammar. Itu semua tidak perlu bagi menguasai Bahasa Inggeris! Teknik yang diajar dalam kursus ini berlainan sekali dari apa yang anda pelajari semasa di bangku sekolah. Jadi jika anda sedia merobah hidup anda dan sedia mempelajari teknik pembelajaran yang baru, marilah ikuti Kursus Bertutur Bahasa Inggeris COMPU Studies.

Bagaimana kursus ini membantu

Sistem Latihan Peribadi Lengkap

Kursus Bahasa Inggeris COMPU Studies menggunakan kaedah pembelajaran semua deria untuk memberikan impak maksimum dan terbaik untuk anda menguasai bahasa Inggeris dengan cepat dan mudah seperti yang diterangkan di bawah.

Mata - Baca & Faham

Menggunakan ayat – ayat yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, anda akan boleh memahami tulisan dan maksud frasa – frasa bahasa Inggeris.

Telinga - Dengar & Ikut

Melalui teknologi multimedia anda diajar bagaimana cara betul mendengar pertuturan bahasa Inggeris. Ini membina kebolehan anda mengikuti pertuturan bahasa Inggeris dengan betul.

Mulut - Tutur & Mahir

Anda akan berlatih bertutur bahasa Inggeris. Pertuturan anda akan disemak dan dinilai oleh pensyarah berpengalaman. Pensyarah kemudiannya akan memberikan latihan untuk membetulkan sebutan dan percakapan anda. Proses ini berulang sehinggalah anda mahir.

Minda - Latih dan Yakin

Berbekalkan berbagai sumber teks, audio dan video anda boleh lakukan beratus – ratus jam latihan yang sekaligus membina keyakinan diri anda menguasai bahasa antarabangsa ini.

Apa Anda Dapat?

Apabila anda daftar untuk kursus ini, anda akan dapat segala – gala yang anda perlukan untuk belajar bertutur dan menguasai bahasa Inggeris dengan jayanya. Ini semua terkandung di dalam Pakej Lengkap anda. Anda tidak perlu mencari lebih jauh. Pakej lengkap anda mengandungi perkara dan bahan – bahan berikut:-

Latihan Bersama Pensyarah

Pensyarah kami akan memberikan latihan menerusi WhatsApp kepada anda. Anda melakukan latihan dengan membalas WhatsApp. Pensyarah kemudian akan memeriksa dan memberikan respon kepada anda. Latihan bersama pensyarah ini merangkumi Listening, Reading, Speaking, Writing dan Comprehension.

PERCUMA! Kamus Dewan Eja

Kamus Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dan Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris dengan sebutan bahasa Inggeris. Rujukan berkesan buat anda.

Kursus Bertutur Bahasa Inggeris

Mengandungi 20 Pelajaran yang mengajar anda bagaimana bertutur bahasa Inggeris dalam berbagai – bagai suasana dari yang ringkas seperti pertemuan kepada yang rumit seperti menghadiri temuduga kerja.

Kamus Sebutan Bahasa Inggeris

Kamus ini mengandungi lebih 200,000 (dua ratus ribu) istilah bahasa Inggeris bersama sebutannya sekali. Ini termasuk istilah nama, tempat dan orang – sesuatu yang tidak terdapat dalam mana – mana kamus lain. Kini tidak ada perkataan Inggeris yang akan menjadi mustahil disebut dan difaham oleh anda.

Sistem Speak English Interaktif

Gunakan sistem canggih ini untuk melengkapkan sistem pembelajaran anda. Sistem ini mengandungi beratus – ratus jam latihan bertutur dan tatabahasa Inggeris dengan sistem bio-feedback. Sistem bio-feedback ini mampu menilai pertuturan anda. Anda akan bercakap ke dalam mikrofon dan persian canggih sistem ini akan menilai pertuturan anda dan memberikan anda maklum balas. Dengan cara ini anda boleh melakukan latihan berulang kali tanpa had yang pasti akan membantu anda menjadi mahir dalam bahasa Inggeris. Sistem ini tidak ada tempoh lupusnya. Oleh itu anda perolehi guru bahasa Inggeris yang tidak jemu mengajar anda. Tidak ada yang selengkap dan sehebat ini!

Manual Kursus Bahasa Inggeris

Manual penuh warna setebal 50 mukasurat ini mengandungi semua tatacara memasang dan menggunakan DVD Learn To Speak English anda. Manual adalah 100% dalam bahasa Melayu jadi anda akan dapat mengikuti perjalanan kursus dengan mudah dan lancar.

kursus_inggeris_manual

Latihan Peperiksaan MUET

Dapatkan latihan MUET Percuma bersama kursus anda. Tidak perlu beli bahan tambahan. Sistem latihan online kami memberikan pengalaman format peperiksaan yang serupa dengan peperiksaan sebenar. Jadi anda boleh berlatih dengan yakin.

Sistem Smart Phone

Kini pembelajaran Bahasa Inggeris boleh dilakukan 100% menerusi alatan mobile anda. Dengan kaedah ini anda boleh belajar di mana – mana jua, 24 jam sehari. Tidak ada yang lebih mudah.

Sijil Kursus Percuma

Dapatkan Sijil Percuma Bahasa Inggeris. Anda akan dapat Sijil Tamat Kursus Percuma apabila anda menamatkan kursus anda.

Dengan pakej lengkap ini, anda tidak perlu mencari – cari sebarang bahan rujukan atau latihan lain untuk menguasai bahasa Inggeris. Semuanya boleh ada di tangan anda.

Untuk Siapa?

Antara sebab ramai orang belajar bahasa Inggeris adalah:-

  • Berkomunikasi menguasai bahasa Inggeris akan membenarkan anda berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dari seluruh dunia!
  • Dapatkan akses kepada ilmu pengetahuan. Semua sumber ilmu terbaik dalam apa jua bidang – seni, sains, agama dan lain – lain ditulis atau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Ilmu – ilmu boleh diakses dengan mudah dan percuma melalui Internet. Belajar bahasa Inggeris akan memberikan anda akses kepada sumber rujukan terbesar di dunia.
  • kursus-inggeris-bina-keyakinanMajukan kerjaya anda. Jika anda hendak kerjaya yang bergaji tinggi dan masa depan yang cerah, anda perlu menguasai bahasa Inggeris. Semua syarikat meletakkan kemahiran bahasa Inggeris sebagai keperluan yang wajib.
  • Nikmati dan hayati karya seni. Bahasa Inggeris membenarkan anda menikmat budaya asing dengan lebih baik lagi. Anda boleh nikmati filem – filem Inggeris tanpa perlu bergantung kepada sarikata, memahami lagu – lagu Inggeris dan membaca novel – novel terkenal didunia dalam bahasa asal mereka.
  • Bimbing anak dan kaum keluarga. Dengan kemahiran bahasa Inggeris anda akan dapat membimbing anak dan kaum keluarga anda untuk menguasai bahasa Inggeris diperingkat umur yang lebih rendah. Mereka pasti akan terhutang budi kepada anda!
  • Buat wang dengan kemahiran bahasa Inggeris. Dengan kemahiran baru ini anda boleh memberi bimbingan tuesyen kepada mereka yang hendak belajar bahasa Inggeris di kawasan perumahan atau kampung anda. Anda boleh mengambil upah menulis surat untuk orang lain atau menjadi wakil bisnes bagi perniagaan tempatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pokoknya tidak ada had kepada apa yang boleh anda lakukan dengan mempelajari bahasa Inggeris!

Siapa Pelajar Kami?

Golongan Dewasa Bekerja

Golongan dewasa yang bekerja sepenuh masa atau separuh masa di sektor awam ataupun swasta. Tidak kurang juga mereka yang menjalankan perniagaan sendiri termasuk perniagaan ekonomi lama atau ekonomi baru secara online. Mereka - mereka ini ingin memahirkan diri dengan bahasa Inggeris untuk kemajuan kerjaya, latihan industri, kenaikan pangkat atau memajukan perniagaan ketika berurusan dengan pelanggan dan pembekal.

Pencari Kerja

Golongan pencari kerja yang baru menamatkan pengajian atau ingin bergerak ke jawatan yang lebih lumayan. Mereka ingin mahir dalam bahasa Inggeris untuk menjawab soalan - soalan temuduga. Kursus ini mempunyai senarai lengkap soalan dan jawapan temuduga bahasa Inggeris.

Pelajar Sekolah

Pelajar sekolah rendah dan menengah mengikuti kursus ini untuk meningkatkan lagi kemahiran dan penguasaan pelbagai aspek bahasa Inggeris. Ini sekaligus dapat membantu dalam peperiksaan sekolah rendah, PT3 dan SPM bagi subjek bahasa Inggeris.

Lepasan SPM

Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke IPTA, peperiksaan MUET (Malaysian University English Test) wajib lulus. Kursus ini memberikan banyak latihan peperiksaan yang pelajar boleh lakukan bersama nota dan panduan dari pensyarah.

apa kata pelajar kursus

Komen Peserta Kursus

Antara komen peserta – peserta kursus ini:-

“Setelah saya mengikuti kursus ini, kawan – kawan di office hairan kerana saya sudah mulai menggunakan Bahasa Inggeris untuk komunikasi dengan atasan saya. ” – Tony Firmansyah, Bandar Baru Bangi, Selangor.


“Harga yang sangat kursus berpatutan. Kursus ini telah membantu saya mengenal perkataan baru, memberitahu saya jenis soalan-soalan yang dikemukakan dalam temuduga, membantu saya bertutur dalam bahasa inggeris. ” – Farith Fariq Bin Hashim, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.


“Sangat berpatutan untuk setiap kursus , saya sangat berpuas hati dengan kursus ini.”-Yusri Drahman Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak.


“Dari skala 0-10, saya memberikan skala 8. Kursus ini dapat menambah baik pengetahuan saya dalam Microsoft Office dan kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris. Ilmu yang diberikan serta tips dan panduan amat berguna kepada saya. ” – Nora Binti Ahmad, Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor.


“Perisian yang canggih memudahkan pengguna lebih tertarik dan tidak malu untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris. Hal ini menambahkan lagi keyakinan saya untuk berinteraksi dengan orang lain menggunakan bahasa Inggeris.”-Nursyafiqah Binti Abdul Rahman, Bagan Lebai Tahir, Butterworth, Penang.


“Kursus ini banyak memberi dan mengajar saya untuk menguasai bahasa English dengan baik, serta boleh memahami apa yang dikatakan dalam bahasa English saya faham, dan saya kerap kali menonton cerita bahasa English”-Asrul Rimin, Kg. Lembah Permai Kundasang, Ranau Sabah.


“Harga kursus amat berpatutan dan semua orang mampu mengikuti kursus dengan harga tersebut. Ia mudah dipraktikkan dalam kehidupan seharian saya. Perkataan-perkataan pula lebih banyak diketahui maknanya. Paling utama berasa selesa dan yakin. Terima kasih COMPU Studies! ” – Farah Nabilah Binti Mohd Farid, Batu 9, Cheras, Selangor.


“Saya sangat teruja mempelajari Kursus Bahasa Inggeris ini. Ia sangat mudah difahami dan latihan yang diberikan sangat menyeronokkan kerana saya berasa seolah – olah saya adalah orang Inggeris yang bertutur Bahasa Inggeris dengan lancar.” – Norasimah binti Zakaria, Mersing Kecil, Mersing, Johor


“Sepanjang saya mengikuti kursus ini, banyak ilmu yang saya perolehi terutamanya bagaimana untuk menguasai pertuturan Bahasa Inggeris dengan lebih berkesan dengan petua- petua yang diberi.”-Zahirah Binti Zulkefle, Mersing, Johor.


” Kursus ini telah membantu saya memahami Bahasa Inggeris dengan lebih mendalam.” – Sabariah binti Askani, Beruas, Perak.


“Jika saya tidak tahu maksud sesuatu ayat, saya boleh rujuk kamus yang diberikan tidak kira bila – bila masa. Sambil mengikuti kursus saya boleh memeriksa sebutan bahasa jika saya tidak tahu atau tidak yakin dengan sebutan ayat. Semua yang saya ingin cari ada dalam kursus ini. Lengkap dan banyak membantu dalam menguasai bahasa Inggeris. Dengannya saya lebih berkeyakinan ketika berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Ia banyak membantu terutamanya ketika bekerja. Murah tapi berkesan.” – Hamizah binti Nazar, Taman Senggarang 2, Batu Pahat, Johor


“Pada mulanya saya langsung tidak mengetahui bagaimana hendak memulakan perbualan bahasa Inggeris dengan seseorang tetapi setelah mengikuti kursus ini, alhamdulilla, saya tidak segan lagi untuk berbual dengan sesiapa sahaja.” – Bahdin Nasri, Sandakan, Sabah.


“Pertuturan bahasa Inggeris saya yang lemah sebelum mengikuti kursus ini telah meningkat pada tahap yang baik. Terima kasih COMPU Studies.” – Raindy Jikin, Batu 5 1/2, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah


“Sangat – sangat berbaloi. Sangat puas hati kerana kursus ini mengubah keyakinan saya. Kursus ini telah memberikan saya keyakinan untuk bertutur. Dulu saya sering ditertawa kerana tergagap – gagap bertutur bahasa Inggeris. Tetapi sekarang saya lebih yakin. Ianya mudah dan menjimatkan. Awesome.” – Mariahtulizah Binti Md Yusof, Taman Sri Lambak, Kluang, Johor.


“Banyak membantu saya. Kini saya tidak lagi takut – takut untuk bercakap semasa meeting dengan bos dan adalah lebih menyeronokkan bila percakapan saya di fahami orang kalau sebelum ini saya tidak yakin untuk bersuara.” – Radziah Binti Kub, Pangsapuri Seri Mutiara, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.


“Kursus ini membantu saya untuk bercakap dalam kehidupan seharian dan bertutur dengan cara yang betul.” – Yusma Hanim Binti Mohamad Nasir, Batu 5, Temerloh, Pahang

WhatsApp Pensyarah

WhatsApp Pensyarah anda sekarang untuk dapatkan info lanjut atau bertanyakan sebarang persoalan.
Jangan khuatir, anda tidak dikenakan sebarang caj untuk menghubungi pensyarah anda.
error: