image (1)Windows Vista dan Windows 7 adalah sistem operasi terbaru dari Microsoft menggantikan Windows Xp sebagai sistem operasi yang paling popular di dunia. Windows baru ini membawa bersamanya pelbagai perubahan dan pembaharuan, hal ini mungkin menyebabkan sesetengah program tidak berjalan dalam windows vista/7.

Blog ini akan membincangkan dua perubahan utama yang telah banyak memberi kesan terhadap cara bagaimana komputer digunakan. Kedua perubahan ini adalah menjalankan program dalam akaun Administrator dan User Account Control.

Skrin Log On Windows 7
Skrin Log On Windows 7

Akaun Pengguna Dalam Windows Vista / 7 dan Windows Xp.

Bermula dengan Xp, Windows telah membenarkan pengguna mencipta berbagai akaun pengguna di dalam satu komputer. Setiap akaun pengguna mempunyai nama pengguna (username) dan katalaluannya (password). Setiap akaun pengguna juga menyimpan berbagai settings khusus berkenaan pengguna tersebut seperti wallpaper, screensaver dan sebagainya. Apabila satu komputer Windows Vista, 7 atau Xp mempunyai lebih dari satu akaun pengguna, skrin Logonseperti yang ditunjukkan di atas akan muncul setiap kali Windows bermula meminta pengguna memilih akaun yang hendak dimasuki.
Jenis Akaun Pengguna

Akaun pengguna di dalam Windows 7, Vista dan Xp tergolong ke dalam dua jenis utama: iaitu akaun Administrator atau akaun Standard/Limited. Jenis akaun harus dibezakan dari nama akaun. Sebagai contoh, satu komputer boleh mempunyai tiga akaun : Johan, Malar dan Chin. Akaun Johon dan Malar boleh jadi jenis Administrator dan akaun Chin jenis Standard/Limited. Ini bermakna sebarang bilangan akaun pengguna boleh jadi jenis Administrator atau Standard/Limited.

Akaun Administrator

Akaun jenis Administrator memberikan kuasa penuh kepada pengguna dan perisian yang dijalankan untuk melakukan apa sahaja perubahan pada sistem mereka mengikut kehendak dan keperluan. Pengguna dan perisian boleh memasang/membuang program, peranti, mengubah ketetapan atau settings sistem, mengubah ketetapan pengguna lain, mengakses semua fail dalam komputer dan berbagai fungsi lain yang boleh dan akan menjejaskan perjalanan sistem. Apabila Windows 7, Vista atau Xp dipasang buat kali pertama, akaun pengguna pertama yang dicipta secara automatik adalah jenis Administrator bagi membolehkan pengguna berkenaan memasang semua perisian dan peranti yang diperlukan.

Akaun Standard / Limited

Akaun jenis Standard dalam Windows 7, Vista atau Limiteddalam Windows Xp membenarkan pengguna menjalankan kebanyakkan fungsi dan perisian komputer. Hanya perisian dan fungsi yang boleh menjejaskan settings komputer, pengguna lain atau keselamatan komputer dilarang dari berfungsi dalam akaun Standard/Limited. Pengguna juga tidak dibenarkan memasang/membuang program dan peranti dan juga tiada akses kepada semua fail dalam sistem. Pengalaman menunjukkan bahawa kebanyakkan program yang ditulis pada zaman Windows Xp sebenarnya tidak dapat berfungsi secara normal disebabkan kawalan ketat akaun jenis Standard/Limited ini.

Mengenalpasti Jenis Akaun Anda

Sama ada disedari atau tidak, kebanyakkan akaun pengguna pada mesin Windows 7, Vista dan Xp adalah dari jenis Administrator. Namun adalah baik sekiranya anda tahu bagaimana hendak memeriksa jenis akaun anda. Untuk itu kami telah menyediakan dua video demonstrasi seperti yang terdapat dalam kursus yang menerangkan langkah – langkah untuk mengenalpasti jenis akaun anda. Jadi jika anda menggunakan Windows 7 atau Vista, sila klik di sini dan jika Windows Xp, klik di sini pula. Satu tetingkap baru akan muncul dengan video demonstrasi COMPU Studies.

Nota Penting:-

Untuk menjalankan demonstrasi ini, komputer anda harus dilengkapi dengan perisian Adobe Flash Player Versi 5 atau yang lebih baru. Javascript dan Active X juga harus dibenarkan berfungsi.

Menjalankan Program Dalam Akaun Administrator

Kebanyakkan program dan perisian komputer hanya berfungsi baik sekiranya dijalankan di dalam akaun jenis Administrator sahaja. Akaun Standard/Limited dengan kawalan ketatnya mengganggu perjalanan lancar banyak perisian. Oleh itu pengguna sentiasa disarankan berada di dalam akaun jenis Administrator apabila menjalankan perisian – perisian. Perisian kursus COMPU Studies juga tidak terkecuali dari perkara ini.Di dalam Windows Xp, apabila sesuatu program di jalankan dalam akaun pengguna jenis Administrator, program tersebut secara automatik diberikan hak Administrator – atau Administrator Rights -yakni kuasa penuh untuk melakukan sebarang fungsi yang diperlukan – selagi tidak menggangu fungsi kritikal Windows.Namun berbeza keadaannya dalam Windows 7 dan Vista. Windows 7 dan Vista tidak secara automatik memberikan semua program yang dijalankan dalam akaun jenis Administrator kebebesan penuh sepertimana yang diberikan oleh Windows Xp. Akibatnya di dalam Windows 7 dan Vista, walaupun anda menjalankan perisian dalam akaun jenis Administrator, perjalanan perisian anda itu mungkin terbantut atau tidak berfungsi langsung. Ini kerana Windows 7 dan Vista mengawal dan mengawasi perjalanan semua perisian – tidak kira dalam akaun apa mereka dijalankan. Ciri kawalan ketat ini adalah perlu – menurut pengeluar Windows, Microsoft – bagi menjaga dan menyedarkan pengguna akan apa yang sedang berlaku dalam komputer mereka. Dengan cara ini Microsoft berharap dapat mengurangkan masalah pada sistem Windows yang kerap menjadi mangsa serangan hackers, virus dan spyware.Jadi bagi pengguna Windows 7 dan Vista, mereka berdepan dengan satu tugasan baru apabila menjalankan perisian. Tugasan ini melibatkan memberikan hak Administrator kepada program yang memerlukannya.

User Account Control Atau UAC

Klik Allow Untuk Menjalankan Program Berkenaan
Klik Allow Untuk Menjalankan Program Berkenaan

Jika anda fikirkan setelah program diberi hak Administrator, Windows 7 dan Vista akan berhenti mengganggu anda dengan berbagai mesej, anda tersilap. Ini kerana walaupun program tersebut mempunyai hak Administrator, ianya akan tetap diawasi oleh Windows. Ciri pengawasan berterusan ini dipanggil User Account Control atau UAC dalam 7 dan Vista. Anda akan sedar kehadirannya apabila muncul kotak – kotak mesej seperti yang terpapar di bawah. Untuk menjalankan program berkenaan, anda harus klik pada Allow atau Continue.

Ciri UAC ini adalah sesuatu yang disengajakan di dalam Vista bagi menyedarkan anda kepada program – program yang mungkin dijalankan tanpa izin anda. Dengan cara ini diharapkan anda dapat menangkap sebarang program jahat seperti virus dan spyware yang mungkin cuba merosakkan komputer anda.

Dengan UAC, Microsoft berharap dapat menjadikan Window 7 dan Vista lebih bertahan terhadap serangan hackers, virus dan spyware. Namun harus dijelaskan bahawa UAC ini bukanlah sebarang jenis program antivirus atau program anti-spyware. Ianya hanyalah langkah keselamatan tambahan yang disematkan ke dalam Windows 7 dan Vista. Pengalaman menunjukkan bahawa Windows 7 dan Vista tidak kurang kadar jangkitan virus dan spyware berbanding dengan Windows Xp.

Jadi teknik, kemahiran, perisian dan langkah berjaga – jaga berkaitan perlindungan dari

Contoh User Account Control (UAC)
Contoh User Account Control (UAC)

virus dan spyware masih perlu diambil seperti yang diajar dalam Kursus Pembasmian Virus dan Spyware COMPU Studies.Walaupun ada cara hendak memberhentikan UAC dan semua kotak – kotak mesejnya, namun ini tidaklah digalakkan kerana ianya akan mendedahkan Windows 7 dan Vista anda kepada berbagai kemungkinan serangan dan jangkitan program jahat. Diharapkan dengan blog ini, pengguna akan lebih jelas berkenaan dua aspek pengunaan Windows 7 dan Vista yang amat berbeza dari Windows Xp dan tahu langkah yang harus dilakukan bagi menjadikan pengalaman perkomputeran mereka lebih lancar dan produktif.®

error: