kursus online

Jaminan Produk

COMPU Studies memberikan tiga jenis Jaminan Pulangan Wang seperti yang dinyatakan di seksyen – seksyen di bawah.

Jaminan Penghantaran Bahan Kursus

Sekiranya anda tidak mendapat semua produk yang ditawarkan oleh pakej kursus yang anda ambil dalam tempoh 30 hari dari bayaran penuh pakej, kami akan memulangkan semula wang anda tanpa sebarang soal. Kami menggunakan rekod tracking pos sebagai bukti penghantaran dan penerimaan bahan kursus.

Jaminan Kesesuaian Kursus

Kami menjamin semua kursus – kursus yang berbentuk online boleh diikuti menggunakan browser jenis Google Chrome di sebarang alatan dengan capaian Internet yang baik.

Semua kursus – kursus jenis offline yang diberikan dalam bentuk DVD, download atau pendrive boleh dijalankan dengan sebarang jenis komputer atau laptop yang menggunakan sistem Windows Xp hingga yang terkini.

Kami juga akan memulangkan wang anda sekiranya produk kursus kami tidak boleh dijalankan di alatan anda disebabkan oleh perkara – perkara yang terbukti berpunca dari produk kami.

Jaminan Kualiti Bahan Kursus

Kami menjamin kursus kami adalah setaraf atau lebih baik kualiti dan kandungannya dari mana – mana kursus lain yang ditawarkan oleh mana – mana pihak lain dengan harga yang sama. Jika terbukti perkara ini adalah sebaliknya, kami akan pulangkan wang anda dan benarkan anda menyimpan kursus kami secara percuma.

Had Jaminan

Jaminan Pulangan Wang ini hanyalah bagi produk COMPU Studies yang berbentuk kursus sahaja. Sebarang produk – produk sokongan lain termasuk manual, aplikasi mobile, perisian dan fail yang diberikan secara percuma dalam pakej kursus anda tidak tertakluk kepada jaminan ini.

Kenyataan jaminan di laman ini adalah kenyataan jaminan mutlak dan terkini. Selain dari jaminan – jaminan yang diberikan di atas, COMPU Studies tidak menawarkan sebarang jenis jaminan lain.

error: