imageKita saban hari menggunakan berbagai jenis sumber dalam kehidupan kita. Sumber bermaksud sesuatu “bahan mentah” yang digunakan oleh untuk menghasilkan atau mendapatkan sesuatu yang berguna. Wang adalah satu sumber yang ketara. Wang dengan sendirinya tidak bermakna. Wang hanya bernilai sekiranya kita boleh menukarkannya dengan produk dan perkhidmatan yang diperlukan. Selain dari sumber yang nyata seperti wang, ada juga sumber yang tak nyata – contohnya seperti masa. Setiap orang “dibekalkan” dengan hanya 24jam sehari untuk melakukan apa sahaja yang dihajat. Bagaimana kita menggunakan sumber yang tidak nyata ini akan menentukan kualiti hidup kita.

Seperti juga wang dan masa, komputer dan IT adalah juga sumber – walaupun ia boleh diibaratkan sebagai satu sumber yang canggih. Komputer dan IT telah dan sedang digunakan dalam semua aspek kehidupan manusia. Adalah amat sukar membayangkan dunia tanpa kehadiran sumber komputer dan IT.

Disebabkan sumber begitu bernilai, manusia tergila – gila mengejarnya. Kepercayaan umum bahawa lebih banyak sumber kita ada maka lebih kaya, bijak dan senanglah hidup kita ini menjadi pendorong utama terhadap kegilaan mengejar sumber.
Namun adakah sumber itu segala – galanya? Adakah pengumpulan sumber semata – mata boleh menjadikan manusia kaya, bijak dan senang?

Kita boleh ada sumber yang banyak, namun hanya dengan mempunyai sumber sahaja tidak menjanjikan apa – apa. Bumi kita mungkin kaya dengan emas dan minyak. Namun jika tidak ada siapa yang mengeluarkannya dan memprosesnya, negera tidak akan dapat merasai apa – apa menfaat dari sumber ini.

Kita boleh ada banyak wang. Namun jika kita tidak bijak membelanjakannya wang yang banyak juga boleh habis.

Begitu jugalah dengan sumber komputer dan IT. Hanya dengan memiliki komputer dan peralatan canggih ICT yang lain tidak akan menjadikan kita celik IT atau golongan pekerja ilmu atau knowledge worker yang bernilai dan berjaya.

IT merupakan sumber utama pada abad ke 21 ini.
IT merupakan sumber utama pada abad ke 21 ini.

Jadi hanya dengan mempunyai sumber sahaja tidak memadai. Kita memerlukan sesuatu yang lain jua. Sesuatu ini adalah azam dan tekad untuk mengerjakan sumber tersebut. Tanpa azam dan tekad, sumber akan hanya kekal sebagai sumber sahaja. Jika kita sendiri tidak berazam dan berusaha mengerjakan sumber yang ada pada kita, janganlah hairan jika satu hari nanti orang lain yang lebih berazam dan bertekad akan menggunakan dan merampas sumber kita itu. Pada ketika itu, kita akan benar – benar jadi orang yang miskin – tanpa sumber dan tanpa azam.

Jadi hanya mempunyai sumber sahaja tidak menjanjikan apa – apa. Kita boleh membeli komputer dan berbagai peralatan IT canggih yang lain. Namun jika kita tidak didik diri kita dan anak – anak kita untuk menguasi teknologi canggih ini, ianya tidak akan membawa sebarang kebaikan dan perubahan dalam hidup kita.

Kejayaan hidup kita bukan sahaja ditentukan oleh jumlah sumber yang boleh kita kumpulkan. Lebih penting dari itu, kejayaan timbul dari sumber yang dikerjakan dengan azam, tekad dan kebijaksanaan. Mereka dengan sumber yang sedikit namun daya usaha yang tinggi sering akan mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi dibandingkan dengan mereka dengan sumber yang banyak namun azam yang rendah.

Bindi
Pengurus
COMPU Studies