Bagaimana Melayari Internet Tanpa Dikesan Dalam Internet Explorer

Dalam artikel Bagaimana Melayari Internet Tanpa Dikesan anda telah pelajari bahawa kebanyakan perisian browser terkini seperti Mozilla Firefox, Google Chrome dan Internet Explorer membenarkan anda melayari Internet tanpa meninggalkan sebarang kesan di komputer anda. Ciri ini dipanggil InPrivate Browsing di dalam Internet Explorer.
Langkah-langkah untuk memulakan InPrivate Browsing dalam Internet Explorer:

1. Di bahagian atas tetingkap Internet Explorer, klik butang Tools dan pilih Safety dan InPrivate Browsing.

2. Seterusnya, skrin seperti ini akan dipaparkan setelah anda menghidupkan InPrivate Browsing.
Dalam keadaan InPrivate Browsing, anda dapat lihat bahawa logo“InPrivate” akan dipaparkan di setiap tab yang anda buka seperti yang digambarkan di bawah.

Bagaimana Keluar Dari Mod InPrivate Browsing

Untuk keluar daripada mod InPrivate Browsing, anda hanya perlu menutup tetingkap browser tersebut sahaja. Sila tekan (X) untuk keluar daripada mod InPrivate Browsing.