Bagaimana Melayari Internet Tanpa Dikesan Dalam Google Chrome

Dalam artikel Bagaimana Melayari Internet Tanpa Dikesan anda telah pelajari bahawa kebanyakan perisian browser terkini seperti Mozilla Firefox, Google Chrome dan Internet Explorer membenarkan anda melayari Internet tanpa meninggalkan sebarang kesan di komputer anda. Ciri ini dipanggil Incognito Browsing di dalam Google Chrome.
Langkah-langkah untuk memulakan Incognito Browsing dalam Google Chrome:

1.Di bahagian atas kanan tetingkap Google Chrome, klik butang dengan ikon Customize atau spana seperti yang ditandakan oleh anak panah merah di gambar sebelah.
2. Kemudian pilih New Incognito Window.

3. Paparan seperti di bawah akan muncul bagi mengesahkan bahawa anda berada dalam mod Incognito Browsing.

Seperti Mozilla Firefox dan Internet Explorer, Google Chrome juga mempunyai gaya yang tersendiri bagi menunjukkan ia berada dalam keadaan Private Browsing. Satu ikon ‘perisik’ seperti di sebelah akan kelihatan di penghujung atas kiri tetingkap Google Chrome bagi menunjukkan ia berada di dalam mod Private Browsing atau Incognito Browsing.
Bagaimana Untuk Keluar Dari Mod Incognito Browsing
Caranya adalah sama dengan Internet Explorer iaitu memadai dengan hanya menutup browser tersebut. Klik butang (X) untuk keluar daripada mod Incognito browsing.
