Hardware dan Software Kejayaan

image (1)Apakah erti kejayaan bagi anda? Apakah maksud hardware software dan kejayaan? Bagi ramai orang kejayaan adalah kebolehan mengecapi segala impian mereka. Sebahagian besar dari impian kebanyakan orang adalah berkait memiliki berbagai benda dan barangan yang diidamkan. Ini termasuk – namun tidak terhad kepada – telefon bimbit yang paling terkini, kereta terkini, rumah besar, jawatan dan pangat yang boleh dibanggakan dan lain – lain perkara yang menaikkan status di mata sahabat-handai, kenalan, saudara-mara dan masyarakat.

Keinginan memiliki dan mengecapi semua perkara – perkara yang disebutkan di atas sering dianggap sebagai “materialistik” oleh sesetengah orang. Keinginan memiliki benda – benda materialistik ini sering pula dikecam oleh golongan tertentu yang menggangap diri mereka lebih “berilmu”. Namun hakikatnya, golongan ini juga tidak bebas dari terjerumus mengejar kehidupan materialistik. Kerapkali kita lihat mereka yang berilmu ini sebenarnya lebih materilistik dari yang kurang berpendidikan.

Kejayaan Adalah Satu Perjalanan

Kejayaan Adalah Satu Perjalanan

Namun pada pendapat penulis, mengejar kehidupan materialistik itu tidaklah salah semata – mata. Persoalan yang harus diajukan adalah adakah dengan memiliki semua perkara – perkara materialistik itu akan menjadikan kita berjaya?

Terkenang penulis kepada nasib seorang kaya yang punya semua jenis kemewahan dunia. Duit, harta dan kebendaan tidak pernah kurang. Namun beliau dan isteri jarang berbual. Anak lelaki pertamanya penagih dadah sementara yang kedua sering terlibat dalam jenayah kecil. Rekod polis pun dia sudah ada. Anak perempuan yang bongsu pula telah melakukan penggunggaran anak (abortion) sewaktu di kolej dulu. Tapi semua ini tidak diketahui umum. Bagi umum beliau adalah usahawan yang berjaya dan disegani. Namun di sebalik “kejayaannya” itu adalah satu kehidupan yang hiba dan miskin dari segala kebahagiaan. Adakah ini yang dipanggil kejayaan?

Pendapat penulis memang tidak salah kita mengejar perkara – perkara materialistik. Tidak salah ada peralatan elektronik terkini dan canggih jika kita mampu memilikinya. Tidak salah ada kereta mewah atau rumah banglo besar asalkan jangan dibayar dengan hutang Ah Long atau kad kredit. Tapi adakah dengan memiliki semua benda materialistik ini akan menjadikan kita orang yang berjaya? Bagi penulis semua pemilikan materialistik hanyalah HARDWARE atau simbol kejayaan. Ia bukanlah kejayaan itu sendiri.

Kita manusia dalam mengejar simbol kejayaan sudah lupa apakah itu kejayaan sebenarnya. Apakah “isipati” atau SOFTWARE kejayaan? Apakah software kejayaan yang menjadikan semua pemilikan materialistik kita manis, seronok dan bermakna?

Namun mengapa perlu ada software pada kejayaan? Tidakkah hardware itu memadai? Bagi kita yang dalam bidang IT mengetahui bahawa hardware secanggih dan berkuasa mana pun tidak berguna jika sekiranya tidak ada software untuk menjalankannya. Software adalah benda maya yang memberikan “nyawa” kepada hardware. Tanpa software, hardware hanyalah satu gumpulan wayar dan chip – chip elektronik sahaja.

Jika software di dalam IT adalah perisian, apa pula software kejayaan? Mengambil analogi IT tadi, software kejayaan adalah benda maya yang menggerakkan dan mencipta kejayaan itu. Oleh sebab kita membincangkan manusia, benda maya ini sudah tentu harus muncul dari diri kita sendiri. Namun apakah pula benda maya misteri ini?
Software kejayaan tidak lain dari sikap dan peradaban kita. Kejayaan yang hakiki tidak boleh dibina dengan wang Ringgit – yakni hardware – sahaja. Ianya perlu disemai dari sikap dan peradaban – yakni software – yang baik. Sikap dan peradaban inilah yang menentukan jenis dan tahap kejayaan yang akan kita kecapi.

Sikap dan peradaban yang rendah dan buruk akan menghasilkan kejayaan yang kosong dari erti kebahagian. Kejayaan yang semacam ini sering tidak kekal dan jikalau pun ianya kekal akan menjadi sumber kesengsaraan yang berpanjangan buat pemiliknya.

Sebaliknya sikap dan peradaban yang baik dan tinggi akan menghasilkan kejayaan yang cukup bermakna – bukan sahaja bagi kita tetapi bagi keluarga, rakan, saudara-mara dan masyarakat keseluruhannya.

Jadi kesimpulannya kejayaan mungkin kelihatan bersifat materialistik seperti hardware, namun hakikatnya ia mempunyai komponen kerohanian atau software yang amat nyata. Renungkan.

Bookmark the permalink.

Comments are closed.