Apakah Petua Untuk Saya Berjaya Dalam Kursus?

Untuk berjaya dalam kursus, ikuti petua – petua berikut:- Anda hendaklah menyediakan suasana yang sesuai untuk pembelajaran. Suasana yang terlalu bising dan banyak gangguan akan menyukarkan pembelajaran. Pastikan anda hindarkan dari sebarang gangguan semasa pembelajaran anda. Anda hendaklah menyediakan jadual waktu pembelajaran. Anda harus membuat jadual untuk belajar dan pastikan anda mengikutinya. Anda hendaklah membina […]

Bolehkah kursus dijalankan di siber kafe?

Ya, anda memang boleh jalankan kursus – kursus kami di komputer siber kafe. Kursus – kursus COMPU Studies membenarkan anda memasang katalaluan atau password kepada kursus supaya pengguna lain tidak dapat menggunakan kursus tersebut. Setelah anda tamat mempelajari kursus, anda boleh buang pemasangan kursus dari komputer siber kafe tersebut. Ramai pengguna yang menjalankan kursus di […]

Bagaimana menjalankan semula kursus yang telah terhilang?

Untuk mengaktifkan semula semua kursus – kursus anda yang terhilang akibat dari kerosakkan atau kecurian komputer, sila lakukan langkah – langkah ini:- Pasang kursus dari CD-ROM masing – masing. Jalankan kursus yang dipasang. Masukkan nombor pelajar seperti yang diminta oleh kursus Hantarkan SMS seperti yang diarahkan oleh kursus untuk memohon kod aktif KURSUS Aktifkan kursus […]

Bolehkah perisian dijalankan dari thumbdrive?

Jika anda menggunakan komputer jenis netbook atau laptop yang tidak ada pemacu CD dan DVD anda boleh menyalin semua fail – fail kursus dari CD dan DVD kursus anda ke dalam thumbdrive dan pendrive dan menjalankannya dari thumbdrive atau pendrive anda. Sudah pasti untuk melakukan kerja – kerja salinan ini anda perlu menggunakan komputer yang […]

Bagaimanakah kursus – kursus ini dijalankan?

Setelah berdaftar, anda akan dibekalkan dengan bahan kursus. Anda mengikuti bahan kursus dan boleh bertanyakan sebarang persoalan kepada pensyarah anda pada bila – bila masa. Anda akan melakukan latihan dan ujian dan menghantarkannya kepada pensyarah untuk dinilai. Setelah tamat kursus, sijil dikeluarkan kepada anda. Untuk penerangan terperinci, sila klik di sini.

Adakah saya perlu Internet untuk mengikuti kursus – kursus ini?

Tidak. Semua bahan kursus dimuatkan dalam CD dan DVD kursus yang akan anda pasang pada komputer anda. Anda tidak perlu sambungan Internet untuk mengikuti nota, demonstrasi, latihan dan menjalankan kerja – kerja praktikal kursus. Namun jika anda ingin mempraktikkan kemahiran yang berkaitan dengan Internet yang diajar dalam bahan kursus, anda sudah pastinya memerlukan sambungan Internet.

Bolehkah CD dan DVD kursus dijalankan pada laptop?

Semua CD dan DVD yang dibekalkan bersama bahan kursus boleh dijalankan pada sebarang jenis laptop yang mempunyai pemacu CD/DVD. Tatacara menjalankan CD dan DVD di laptop adalah sama sahaja seperti menjalankannya di komputer Desktop.