Adakah COMPU Studies punya sebarang hubungan dengan kerajaan?
Tidak. COMPU Studies tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kerajaan atau mana – mana IPTA atau IPTS. COMPU Studies beroperasi secara bebas dan tidak tertakluk kepada birokrasi kerajaan dan IPTA/IPTS. Pelajar mendaftar dengan kami dan berurusan terus dengan kami tanpa perlu melalui mana – mana pihak ketiga.
Adakah COMPU Studies menyediakan pinjaman untuk mengikuti kursus?
Disebabkan COMPU Studies bukannya IPT, kami tidak menyediakan sebarang jenis pinjaman untuk mengikuti kursus. Harga kursus kami sudah cukup rendah bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah mengikutinya. Jadi isu pinjaman tidak timbul.
Siapa yang biasa mengikuti kursus – kursus COMPU Studies?
Pelajar kami tiba dari berbagai lapisan masyarakat. Mereka terdiri dari:- Golongan pelajar sekolah dan IPT yang mengambil kursus untuk menyediakan kerja – kerja sekolah dan kolej seperti folio dan tugasan semester. Golongan belia yang mengambil kursus bagi melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran IT yang diperlukan di alam pekerjaan. Peniaga dan ahli perniagaan yang ingin […]