Pelajar kami tiba dari berbagai lapisan masyarakat. Mereka terdiri dari:-
- Golongan pelajar sekolah dan IPT yang mengambil kursus untuk menyediakan kerja – kerja sekolah dan kolej seperti folio dan tugasan semester.
- Golongan belia yang mengambil kursus bagi melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran IT yang diperlukan di alam pekerjaan.
- Peniaga dan ahli perniagaan yang ingin belajar cara – cara membina laman web, blog dan mempromosi produk dan perkhidmatan mereka di Internet.
- Pengguna komputer yang ingin menggunakan kemahiran IT dari kursus untuk mencari pendapatan sampingan.
- Pengguna komputer yang ingin menjimat kos dalam kerja – kerja penyelenggaraan dan baikpulih komputer sendiri, keluarga, rakan, majikan dan pelanggan.
- Golongan warga emas yang tidak ingin ketinggalan dalam arus pembangunan IT.