Untuk berjaya dalam kursus, ikuti petua – petua berikut:-
- Anda hendaklah menyediakan suasana yang sesuai untuk pembelajaran. Suasana yang terlalu bising dan banyak gangguan akan menyukarkan pembelajaran. Pastikan anda hindarkan dari sebarang gangguan semasa pembelajaran anda.
- Anda hendaklah menyediakan jadual waktu pembelajaran. Anda harus membuat jadual untuk belajar dan pastikan anda mengikutinya.
- Anda hendaklah membina semangat dan motivasi untuk belajar. Anda perlu cipta satu impian berkenaan apa yang anda ingin perolehi dari pembelajaran anda. Impian ini harus realistik dan mampu dicapai oleh anda. Dengan cara ini impian berkenaan akan memberikan anda semangat dan dorongan untuk belajar.
- Anda hendaklah menghubungi kami dengan persoalan dan pertanyaan berkenaan dengan kursus. Anda mesti bertanyakan soalan dari masa ke semasa supaya hilang rasa keseorangan menjalani kursus.
- Anda hendaklah tanam minat membaca. Buangkan tabiat takut membaca dan jadilah orang yang gemar membaca. Ia akan amat memudahkan anda mengikuti kursus.
Ikuti semua petua di atas dan kami yakin anda akan berjaya dalam kursus anda.