Kadang kala kami hadapi masalah memberikan perkhidmatan terbaik kepada sesetengah pelajar yang berhubung dengan kami. Walaupun kebanyakan pelajar boleh berhubung dengan baik dan mendapatkan jawapan kepada soalan mereka, namun ada segelintir pelajar yang mana perhubungan dengan mereka amat sukar dilaksanakan dengan baik. Di antara sebab – sebab mengapa perkhidmatan terbaik tidak dapat diberikan kepada pelajar sebegini adalah seperti berikut:-

  1.  Semasa berhubung dengan kami, pelajar tidak menyatakan maklumat pengenalan diri seperti Nombor Pelajar COMPU Studies mereka mahupun Nama mereka. Ini amat memudaratkan kami kerana kami terpaksa berbuat bermacam jenis andaian apabila berhubung dengan pelajar misteri seperti ini.
  2. Pelajar terlalu beremosi bila berhubung. Sesetengah pelajar suka membuat berbagai jenis andaian dan melemparkan berbagai jenis tuduhan. Perhubungan beremosi seperti ini tidak membantu pelajar ataupun kami bagi menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi.
  3. Sesetengah pelajar dan bukan pelajar suka membuat panggilan miss-call berulang kali ke talian telefon kami dengan harapan kami akan menalifon balik dan menjimatkan kos panggilan mereka. Untuk maklumat semua, kami TIDAK MELAYAN panggilan miss-call.

Untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang terbaik dari kami, semua pelajar (dan bakal pelajar) diseru mematuhi peraturan atau protokol perhubungan rasmi seperti berikut:-

  1. Sentiasa berikan maklumat kenalan diri. Bagi pelajar, sila nyatakan Nombor Pelajar anda setiap kali SMS, telefon atau e-mel. Bagi bukan pelajar, nyatakan Nama Penuh anda.
  2. Nyatakan masalah dengan terperinci. Nyatakan nama kursus yang dirujuk dan masalah dengan jelas. SMS sepeti “Kenapa kursus tidak dapat di aktifkan?” kurang baik. SMS yang lebih baik ialah “CS999999 Kursus DVA Skrin muncul minta kod aktif, saya tidak tahu kod aktif saya“.
  3. Jika anda menalifon kami dan panggilan anda tidak terjawab (kerana kami sibuk atau ada urusan lain), sila telefon kembali. Anda boleh menalifon sehingga jam 8 malam. Disebabkan inilah kami memilih talian telefon bimbit untuk tujuan urusan rasmi kerana talian tetap tidak ada sesiapa yang melayan selepas jam 5 petang. Namun untuk sebarang urusan, menalifon di waktu pejabat biasa adalah terbaik.

Semoga dengan mematuhi panduan ringkas di atas, pelajar akan dapat selesaikan sebarang persolan dalam suasana yang tenang dan professional. COMPU Studies sentiasa komited dalam membantu pelajar mendapatkan pengalaman pembelajaran yang terbaik dari kami.