Bagi kebanyakan pengguna, menformat komputer sudah menjadi satu lumrah. Hampir setiap bulan, mereka akan menformat komputer mereka. Rencana ini akan menerangkan bagaimana anda boleh hentikan gejala buruk ini dan mencegah komputer anda dari perlu diformat.
Lima Keburukan Menformat Komputer

Menformat komputer dengan kerap merupakan satu pembaziran waktu dan tenaga. Secara lazimnya menformat komputer mengambil masa sejam setengah dan boleh mencecah sehingga 3 jam jika banyak perisian yang perlu dipasang semula.

Menformat boleh menyebabkan sesetengah peralatan komputer tidak berfungsi lagi. Diantara peralatan komputer yang sering menghadapi masalah setelah komputer diformat ialah skrin monitor/laptop, speaker, fungsi rangkaian dan Internet. Perkara ini terjadi kerana kesemua peralatan ini memerlukan sejenis perisian kecil yang dipanggil driver untuk berfungsi dengan betul.Apabila komputer diformat perisian driver ini dipadamkan dan seringkali tidak dipasang semula secara automatik. Akibatnya komputer akan berada dalam keadaan separa berfungsi setelah diformat. Paparan skrin komputer mungkin tidak normal, speaker mungkin tidak berfungsi dan anda mungkin tidak akan dapat akses rangkaian atau Internet. Untuk memperbaiki masalah ini, anda sering perlu memuat turun dan memasang fail driver yang besar dari Internet sebelum komputer boleh dikembalikan ke keadaan sedia kala.>s

Menformat komputer boleh membatalkan jaminan. Jika anda membeli komputer berjenama seperti HP, Dell, Acer, Toshiba dan lain – lain kemungkinan besar komputer anda tiba dengan jaminan perisian. Jika anda menformat komputer dalam tempoh jaminan, anda mungkin akan membatalkan jaminan tersebut. Akibatnya anda tidak lagi layak menerima sebarang khidmat jaminan percuma untuk masalah komputer anda. Oleh itu jangan sekali – kali menformat komputer dalam tempoh jaminan.
Mengapa Komputer Selalu Diformat?

Sebelum anda boleh memahami teknik mencegah komputer dari diformat, anda perlu memahami mengapa komputer selalu diformat. Ramai pengguna memberikan 7 sebab berikut mengapa mereka kerap menformat komputer:-
- Komputer disyaki dijangkiti virus atau malware lain.
- Komputer sudah menjadi perlahan, “berat” dan sering tergantung operasi (hang).
- Peralatan komputer seperti tetikus, keyboard atau pencetak tidak berfungsi lagi.
- Cakera keras komputer sudah “penuh”
- Internet sudah tidak dapat diakses atau terlalu perlahan.
- Lupa katalaluan atau password untuk log masuk ke Windows
- Komputer sudah tidak boleh bermula lagi.
Jika komputer anda menunjukkan SEMUA gajala seperti yang dinyatakan di atas, kami akui anda harus menformat komputer anda. Namun hakikatnya kebanyakan orang akan menformat komputer apabila hanya berdepan dengan satu atau dua masalah di atas sahaja. Percaya atau tidak, tidak ada satu dari sebab – sebab di atas yang memerlukan anda menformat komputer.