Selepas digunakan beberapa minggu setiap telefon pintar akan menjadi perlahan. Perkaran ini berlaku kerana banyak fail – fail baru dicipta dalam proses penggunaan telefon. Keadaan ini menjadi bertambah buruk sekiranya pengguna banyak memasang app ke dalam telefon. Artikel ini mengajar anda beberapa teknik yang boleh anda gunakan untuk mempercepatkan telefon pintar anda.

#1 Pilih App Dengan Baik

Playstore bagi Android dan iPhone memang banyak mengandungi app. Namun bukan semua app adalah baik. Sebelum memasang app adalah elok anda membaca komen untuk ketahui sama ada app berkenaan baik dan sesuai dengan telefon anda. Sesetengah app akan cuba mengubah setting telefon anda dan sekaligus memberikan kesan kepada keseluruhan telefon anda – bukan sahaja kepada app berkenaan. Membuang app tersebut tidak semestinya mengembalikan keadaan seperti sedia kala. Anda mungkin perlu format telefon semula untuk berbuat demikian.

#2 Matikan App Yang Tidak Digunakan

Ramai tidak mengetahui bahawa app telefon pintar tetap berfungsi walaupun anda sudah keluar darinya. App ini tetap menggunakan kuasa pemprosesan, bateri dan memori telefon anda sepanjang masa anda tidak menggunakannya. Untuk benar – benar mematikan app yang tidak digunakan lagi, anda perlu masuk ke settings App telefon anda. Kemudian pilih nama app dan sentuh butang Force Stop atau butang seakannya untuk mematikan app berkenaan secara kekal. Perkara ini perlu diulang setiap kali anda membuka app berkenaan dan keluar darinya. Ada juga orang yang gemar menggunakan applikasi App Killer untuk melakukan semua ini secara automatik. Namun applikasi App Killer itu sendiri akan tetap berfungsi dan menggunakan sumber telefon anda. Disebabkan itu kami lebih gemar mengesyorkan anda melakukannya secara manual sahaja.

#3 Bersihkan Telefon Anda

Clean Master untuk Android

Sentuh butang di bawah untuk download Clean Master dari Playstore
Free!

Setelah sekian lama, telefon anda akan dipenuhi dengan pelbagai fail – fail baru. Kebanyakan fail – fail ini adalah fail sementara yang dihasilkan oleh sistem operasi dan app yang anda gunakan. Tidak kurang juga fail ciptaan anda sendiri dari app kamera, snapchat, whatsapp dan pelbagai app social media lain yang anda gunakan untuk berkongsi pelbagai aspek kehidupan anda yang begitu menarik itu. Dari gambar makanan sarapan pagi ke pakaian dalam semua ini memenuhi ruang telefon anda dan menjadikannya lebih “berat” dan perlahan. Untuk itu adalah penting anda bersihkan telefon anda dari semua fail tambahan ini. Langkah pertama adalah mengeluarkan ribuan gambar dan video selfie dari telefon anda dan memindahkannya ke pendrive, komputer atau storan awan (cloud storage) anda seperti Google Drive. Seterusnya gunakan applikasi seperti Clean Master untuk memadamkan semua fail sementara dan juga fail dari app sosial media anda. Dengan ini anda boleh mendapatkan balik banyak ruang storan telefon pintar anda kembali.

Download Clean Master untuk telefon anda dari butang yang diberikan di sebelah/atas.

Diharapkan tiga petua ini dapat membantu anda memanjangkan jangkahayat alatan mobile kesayangan anda ini. Jangan lupa tinggalkan komen anda di bawah.