Dari masa ke semasa anda mungkin hadapi situasi di mana laman web kegemaran anda tidak boleh dibuka lagi tetapi laman – laman web lain boleh dibuka seperti biasa. Sering juga muncul mesej seperti “Laman sesawang  ini tidak dapat di akses di Malaysia“.  Masalah sesetengah laman web tidak dapat di akses lazimnya bukan merupakan masalah dengan komputer atau sambungan Internet anda. Masalah disebabkan sekatan pihak ketiga. Rencana ini mengajar anda bagaimana cara buka laman web disekat seperti yang disebutkan di atas.

Anda boleh selesaikan masalah ini dengan dua cara bergantung kepada bagaimana anda layari Internet.

Cara Buka Laman Web Disekat Pada Komputer

Jika anda layari Internet di komputer desktop, laptop atau netbook cara paling mudah untuk buka laman web disekat adalah dengan mengubah setting DNS anda. Anda boleh ubah setting DNS kepada 8.8.8.8 dan 8.8.4.4. Kaedah mengubah setting DNS bagi komputer Windows 7, 8 dan Mac OS di ajar dalam video di bawah.

Cara Buka Laman Web Disekat Pada Smartphone dan Tablet

Jika anda layari Internet menggunakan smartphone atau tablet (tidak kira Android atau iOS) cara paling mudah untuk buka laman web disekat adalah dengan menggunakan browser yang berlainan dari yang sedia terpasang dalam alatan mobile anda. Browser yang kami sendiri dapati amat baik bagi tujuan ini ialah Puffin Browser. Puffin browser mempunyai sistem pelayaran Internet yang berbeza dari Google Chrome bagi Android atau Safari bagi iPhone/iPad. Menggunakan Puffin Browser anda akan dapat melayari sebarang website tanpa halangan. Dapatkannya dengan klik butang sesuai dengan alatan mobile anda di bawah.

Puffin untuk Android

Sentuh butang di bawah untuk download Puffin Browser dari Playstore
Free!

Puffin untuk iOS

Sentuh butang di bawah untuk download Puffin Browser dari iTunes
Free!

Kedua – dua aplikasi di atas adalah percuma sahaja. Menggunakan dua kaedah di atas akan memastikan anda boleh layari sebarang website yang anda mahu tanpa sekatan mana – mana pihak. Kedua kaedah di atas selamat digunakan dan tidak melanggar mana – mana undang – undang negara.

Jangan lupa tinggalkan pengalaman anda mengaplikasikan tips ini di bawah.