Soalan dari pelajar:-
Saya terlupa password Windows Xp saya. Apabila saya cuba log in ke dalam akaun Windows Xp, ianya tak boleh buka dan di paparkan”the username or password in incorrect”.
Bagaimana untuk saya dapat log on?Ini adalah masalah lazim yang sering dihadapi oleh ramai pengguna. Untuk itu ikuti arahan berikut untuk mendapatkan semula password Windows XP anda:-
Teruskan baca untuk mendapatkan jawapannya:
Langkah 1: Log masuk ke akaun Administrator

Restart komputer anda.
Tekan CTRL+ALT+DELETE selama dua kali, kemudian klik pada kotak teks User name dan taipkan Administrator.
Pastikan ejaan ini adalah betul seperti yang digambarkan di sebelah. Biarkan kotak teks password sebagai kosong.
Klik OK untuk log masuk. Jika anda tidak boleh log masuk disebabkan akaun Administrator anda telah dipasang dengan password, sila rujuk kepada pekedai/juruteknik/pentadbir sistem anda yang memasang Windows Xp ke dalam komputer anda untuk mendapatkan passwordnya.
Langkah 2: Reset Password Anda

Klik Start > Control Panel > User Accounts > User Accounts. Kemudian klik nama akaun pengguna yang ingin anda reset passwordnya, dan klik Remove Password.
Ulangi dengan klik Remove Password sekali lagi.
Langkah seterusnya adalah untuk tutup semua skrin Control Panel. Kemudian klik Start > Log Off. Anda akan dibalikkan ke skrin Logon Windows.
Akhirnya klik nama pengguna anda dan anda akan dapat log masuk ke akaun anda.Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk kursus komputer COMPU Studies.