Pengenalan

Safe Mode
Safe Mode

Tips Komputer ini menerangkan teknik bagaimana hendak memulakan komputer berasaskan Windows Xp, Windows Vista dan Windows 7 dalam Safe Mode. Ramai pengguna tidak tahu bahawa semua komputer Windows dari Windows 95 boleh dimulakan atau boot dalam dua mode. Kedua – dua mode ini dipanggil Normal Mode (mod biasa) dan Safe Mode. Dalam keadaan biasa komputer akan dimulakan (boot) dan digunakan dalam Normal Mode.

Boot Windows Dalam Safe Mode

Namun ada kalanya anda perlu boot komputer di dalam Safe Mode. Safe Mode adalah mod asas di mana hanya sistem operasi Windows sahaja yang dijalankan. Sebarang perisian dan driver yang tidak tiba dengan Windows, tidak dijalankan. Ini termasuklah perisian driver kad video dan bunyi anda.

Salah satu kegunaan Safe Mode adalah untuk mengesan dan membasmi virus dan spyware dari komputer. Kebanyakan spyware dan sesetengah jenis virus tidak akan aktif dalam Safe Mode. Namun banyak perisian antivirus dan anti-spyware boleh berfungsi dalam Safe Mode. Perisian antivirus dan anti-spyware yang dibekalkan percuma bersama Kursus Pembasmian Virus dan Spyware COMPU Studies boleh dijalankan dalam Safe Mode.
Jika anda dapati ada virus atau spyware yang degil yang tidak boleh dibasmi melalui pengimbasan dalam mod biasa Windows, anda boleh boot ke dalam Safe Mode dan cuba melakukan pengimbasan dan pembasmian virus dan spyware tersebut.

Di dalam Windows 95, 98 dan Me terdapat butang fungsi untuk boot komputer dari mod biasa ke Safe Mode. Malangnya butang fungsi ini dikeluarkan bermula dari Windows Xp.