image Sudahkah anda jemu dengan video Youtube yang perlahan? Adakah anda inginkan satu cara mudah untuk mempercepatkan video Youtube anda. Sekarang memang anda! Baca dan ketahui rahsianya.

Youtube adalah diantara tapak web yang paling popular di Internet. Dengan berjuta – juta video dari segala jenis topik yang boleh dibayangkan, ianya dilayari oleh jutaan orang setiap hari. Namun salah satu masalah dan rungutan pengguna yang paling kerap kedengaran ialah video Youtube seringkali amat perlahan untuk dimuatkan.

Anda mungkin pernah mengalami situasi di mana video Youtube mengambil masa agak lama untuk bermula. Yang kelihatan hanyalah logo bulat loading yang berpusar – pursar dan memeningkan kepala. Apabila video mula bermain, ialah sering tersekat – sekat dan logo loading kerap muncul kembali.

Lima Sebab Video Youtube Anda Perlahan

Stress Video Youtube Perlahan
Stress Video Youtube Perlahan

Terdapat berbagai sebab mengapa video Youtube dimainkan perlahan. Di antara sebab – sebab yang paling utama ialah:-

  1. Kelajuan Internet anda adalah kurang dari 512kbps. Kelajuan ini dianggap minima untuk memainkan video Youtube dengan agak sempurna.
  2. Anda berkongsi talian Internet dengan orang lain. Ini terutamanya benar jika anda menggunakan Internet di tempat awam seperti di restoran. Lokasi sedemikian memang tidak sesuai untuk menonton video Youtube.
  3. Usia komputer anda sudah lebih 7 tahun. Komputer yang sebegini tua tidak akan dapat memainkan kebanyakan kandungan media terkini di Internet. Anda tahu sahaja apa yang anda harus lakukan.
  4. Anda tidak menggunakan perisian Internet yang terkini. Perisian yang dimaksudkan ialah browser Internet dan perisian Adobe Flash Player. Adobe Flash Player diperlukan untuk memainkan kebanyakan video di Internet – termasuk di Youtube. 
  5. Komputer anda dijangkiti spyware dan virus yang mencegah video Youtube dari dimuatkan dengan lancar. Untuk mengatasi masalah ini pastikan anda mengimbas komputer anda dari masa ke semasa dengan perisian antivirus dan antispyware seperti yang diterangkan dalam Kursus Pembasmian Virus dan Spyware COMPU Studies.

Bagaimana Mempercepatkan Mainan Video Youtube Anda

Apabila berdepan dengan masalah video Youtube yang perlahan, ramai pengguna hanya mampu mengeluh dan beredar dalam laman web Youtube tanpa menonton video yang diinginkan. Perkara ini tidak seharusnya terjadi.

Sebenarnya jika komputer anda tidak mengalami lima masalah seperti yang diterangkan diatas, memang tidak ada sebab mengapa video Youtube anda tidak boleh dipercepatkan supaya anda dapat menikmati video Youtube dengan lancar.

logoTeknik yang digunakan oleh jutaan orang untuk mempercepatkan permainan video Youtube adalah dengan bantuan satu perisian kecil yang bernama Speedbit Video Accelerator.

Speedbit Video Accelerator

Speedbit Video Accelerator adalah satu perisian kecil yang duduk di system tray anda dan mempercepatkan video Youtube secara automatik. Anda tidak perlu memulakan perisian ini atau menggunakannya dalam apa cara pun. Ianya akan mengesan secara automatik apabila anda cuba menonton video Youtube dan melakukan tugasan mempercepatkan video berkenaan.

Mesej dari Speedbit
Mesej dari Speedbit

Speedbit Video Accelerator melakukan tugasan dengan “menarik” video Youtube lebih cepat dari kaedah biasa yang digunakan oleh browser Internet anda. Hasilnya ialah anda menikmati permainan video yang lebih lancar dan kurang masa loading atau video yang tersekat – sekat.

Apabila perisian ini sedang melakukan tugasnya, anda akan nampak satu mesej Now Accelerating muncul di penjuru bawah kanan skrin anda seperti yang digambarkan dalam grafik di sebelah.

Speedbit Video Accelerator adalah satu perisian percuma dengan versi Premium. Ini bermakna anda boleh memuat turun perisian ini dan gunakannya dengan percuma. Anda juga ada opsyen untuk upgrade ke versi Premium. Versi premium memberikan fungsi tambahan seperti percepatkan fail audio atau muzik.

Memasang dan Menggunakan Speedbit Video Accelerator

Kami telah menggunakan Speedbit Video Accelerator lebih dari 6 bulan. Selama tempoh ini kami dapati perisian ini memang dapat mempercepatkan permainan video Youtube – walaupun sesetengah video yang dahulunya amat perlahan untuk loading. Oleh itu bagi anda yang inginkan pengalaman penggunaan Youtube yang lebih memuaskan, kami sarankan anda muat turun dan pasang perisian percuma ini.

Klik Grafik
Klik Grafik

Memasang perisian Speedbit Video Accelerator mudah sahaja. Jalankan fail yang dimuat turun dan ikuti arahan di skrin. Apabila muncul skrin seperti yang digambarkan dalam grafik di sebelah, lakukan langkah – langkah seperti yang diterangkan dalam grafik itu. Klik grafik untuk besarkannya.

Klik Grafik
Klik Grafik

Ikuti langkah – langkah seterusnya untuk memasang perisian ke dalam komputer anda. Anda mungkin akan diminta masukkan e-mel. Perkara ini tidak wajib. Klik butang Next sahaja. Satu skrin seperti di sebelah akan muncul memberi anda opsyen untuk upgrade perisian Speedbit. Anda tidak perlu lakukannya. Hanya klik butang Next sahaja seperti yang digambarkan dalam grafik di sebelah. Klik grafik untuk lihat paparan lebih besar.

3klik-grafik
Klik Grafik

Apabila muncul mesej Setup Finished bermakna pemasangan perisian siap. Klik butang Finish. Selepas beberapa saat, satu kota mesej Speedbit akan muncul di penjuru bawah kanan skrin anda – seperti yang digambarkan di sebelah. Tutup kotak mesej ini. Walaupun kotak mesej perisian Speedbit telah ditutupkan, ikon perisian harus tetap kelihatan di system tray anda seperti yang digambarkan dalam grafik di sebelah. Klik grafik untuk besarkannya. Perisian Speedbit sekarang sedia melakukan tugasannya. Layari laman Youtube untuk menikmati video yang lebih lancar. Jika perisian Speedbit berfungsi dengan baik, anda akan lihat mesej Now Accelerating muncul di penjuru bawah kanan skrin anda seperti yang digambarkan dalam seksyen di atas.

Muat Turun Speedbit Video Accelarator

Speedbit Video Accelarator boleh dipasang dalam sebarang jenis komputer yang menggunakan Windows 7, Vista dan Xp. Ianya sesuai dengan sebarang jenis perisian browser seperti Google Chrome, Internet Explorer, FireFox, Safari dan Opera.
Tunggu Dulu!
Sebelum anda beredar dari laman ini, sudi – sudilah berikan reaksi anda dalam kotak tinjauan di bawah.

Anda boleh gunakan dua pautan di bawah untuk memuat turun perisian ini:-

  1. Pautan pintas: untuk muat turun sekarang, klik di sini.
  2. Laman web: jika pautan pintas di atas tidak berfungsi, anda boleh muat turun dengan melayari laman web Speedbit dengan klik di sini.

Selamat mencuba.

Jika anda ada sebarang komen sila tinggalkannya di laman Hubung Kami.