Pernahkah anda mengalami keadaan – keadaan berikut:-

Semua in angkara musuh utama komputer iaitu virus dan spyware.

Pada ketika komputer anda baru, ia berjalan sungguh pantas dan lancar. Kini setelah beberapa bulan atau tahun, anda rasakan komputer anda semacam tidak bermaya lagi. Ramai pengguna menganggap punca perkara ini berlaku adalah kerana komputer sudah “lama”. Ini ditambah pula dengan komen jurujual atau pekedai komputer yang mengatakan sedemikian semata – mata kerana inginkan anda membeli komputer baru.

Komputer Mudah Diserang Virus & Spyware
Komputer Mudah Diserang Virus & Spyware

Hakikat sebenarnya ialah TIDAK ADA SEBAB mengapa komputer berusia 5 tahun tidak boleh berfungsi secepat dan selancar ketika ianya baru dipasang. Komputer bukannya seperti kereta yang komponennya boleh haus dan rosak serta menjadi kurang cekap beroperasi. Di dalam sistem komputer, kecuali cakera keras dan kipas tidak ada komponen lain yang bergerak. Jadi mengatakan punca komputer menjadi perlahan adalah kerana ianya sudah lama hanya setelah beberapa bulan atau setahun dua penggunaan adalah amat tidak benar sekali!

Jadi apakah punca masalah komputer seperti di atas? Jawapannya adalah musuh utama komputer iaitu virus dan spyware. Virus dan spyware adalah dua jenis perisian jahat yang memperlahankan dan merosakkan perjalanan komputer anda. Di dalam kategori virus dan spyware juga termasuk perisian lain yang sering kita dengar seperti worm dan trojan. Semua perisian – perisian ini merupakan punca utama mengapa komputer anda mengalami semua masalah yang disenaraikan di atas.

Namun berita baiknya ialah masalah dengan musuh utama komputer ini boleh diatasi. Ramai pengguna terperdaya dengan “nasihat” pekedai komputer bahawa satu – satunya jalan menyelesaikan masalah ini adalah menformat komputer. Lebih teruk dari itu ada pula yang termakan “nasihat” pekedai dan menukarkan atau “upgrade” hard disk baru dengan kos beratus ringgit. Hasilnya komputer berjalan lancar untuk beberapa bulan. Selepas itu komputer mula lembap kembali dan buat hal lagi. Akhirnya ramai pengguna berasa serik akan tiada kesudahan masalah komputer mereka dan mengambaikan komputer mereka atau menggunakannya dalam keadaan yang kurang memuaskan.

Sebenarnya anda tidak perlu berbelanja besar atau bersusah payah menggunakan komputer pada separuh kapasitinya. Dengan mengamalkan langkah – langkah penjagaan dan pembasmian yang betul, anda boleh kembalikan prestasi komputer anda kepada keadaan sediakala. Tidak perlu format. Tidak perlu upgrade. Tidak perlu belanja beratus ringgit untuk berbuat demikian. Kursus Pembasmian Virus dan Spyware mengajar semua yang perlu anda tahu berkenaan virus dan spyware – musuh nombor satu komputer. Anda akan belajar mengenali perbezaan setiap satu musuh ini dan bagaimana mereka menyerang komputer anda. Anda juga belajar bagaimana hendak membasmi semua musuh – musuh ini dari komputer anda. Kepakaran yang akan anda peroleh boleh anda gunakan untuk menjaga komputer anda dalam keadaan baik selalu. Hasilnya ialah anda akan menikmati pengalaman perkomputeran yang jauh lebih memuaskan, menyeronokkan dan produktif. Anda akan boleh gunakan komputer dengan lancar untuk menyiapkan tugasan yang sekian lama tergendala. Tidak perlu lagi anda bergelut dengan berbagai masalah komputer. Anda juga akan dapati tidak perlu untuk hantar komputer ke kedai lagi semata – mata untuk diformat atau di naik-taraf (upgrade). Anda akan jimat beratus ringgit yang boleh digunakan untuk tujuan lain. Untuk maklumat lanjut berkenaan Kursus Pembasmian Virus dan Spyware sila klik di sini.