Adakah menformat komputer berulang kali akan merosakkannya?

Menformat komputer untuk memasang semula atau re-install Windows dan perisian tidak akan merosakkan cakera keras pada komputer. Namun ianya amat membazirkan masa dan mengakibatkan kehilangan data dan maklumat dari komputer. Komputer tidak seharusnya perlu diformat selalu. Biasanya tugasan format ini hanya dilakukan sekali sahaja apabila komputer baru dipasang buat pertama kali. 

Semua pengguna komputer harus belajar bagaimana mencegah komputer dari perlu diformat begitu kerap. Sebab utama komputer sering diformat ialah kerana ianya menjadi terlalu perlahan atau tidak stabil. Punca utama ini berlaku adalah disebabkan oleh jangkitan virus dan spyware. Jadi mempelajari teknik – teknik mencegah dan membasmi jangkitan virus dan spyware akan banyak membantu dalam memperlanjutkan usia produktif komputer anda tanpa perlu diformat selalu. Kursus Pembasmian Virus dan Spyware COMPU Studies memberikan semua kemahiran yang anda perlu bagi mencegah dan membasmi jangkitan virus dan spyware. Lawati laman web kami untuk keterangan lanjut dengan klik di sini.

Bookmark the permalink.

Comments are closed.