Smart Phone dan tablet sekarang tiba dengan berbagai fungsi rangkaian seperti LTE, NFC, GPS, Wi-Fi, dan Bluetooth. Kesemua fungsi – fungsi ini memakan kuasa bateri. Namun anda jarang sekali akan menggunakan kesemua fungsi ini sepanjang hari. Oleh itu teknik ketiga untuk membuat bateri telefon tahan lama ada menutup atau mematikan fungsi – fungsi rangkaian yang tidak diperlukan. Mulakan dengan fungsi GPS (location), diikuti dengan NFC, Wi-Fi, Bluetooth dan LTE.
Untuk menutup sebarang fungsi rangkaian, sapu bawah bahagian atas skrin Android untuk membuka Notification Bar seperti yang digambarkan disebelah. Kemudian sentuh ikon rangkaian untuk menutup fungsinya.
Hanya biarkan fungsi rangkaian yang anda sering gunakan sahaja terpasang. Kebanyakan penguna mempunyai data plan Internet, jadi fungsi ini boleh dibiarkan terpasang. Fungsi – fungsi rangkaian lain hanya harus dipasang apabila ingin digunakan sahaja.