Tanya Kami

Baru!! Borang Sokongan Pelajar COMPU Studies

Isikan borang dibawah dengan sebarang pertanyaan dan komen berkenaan kursus anda. Pasukan sokongan COMPU Studies akan membalas pertanyaan/komen anda secepat mungkin. Pastikan anda masukkan alamat e-mel anda yang sah jika anda hendak dimaklumkan bila soalan anda dijawab.

Borang di bawah adalah untuk semua pelajar dan bukan pelajar.  Komen akan ditapis untuk sebarang mesej promosi sebelum ianya diterbitkan di laman ini.

Medan Name, Email dan Comments adalah wajib. Jika anda tidak ada e-mel, sila taip no@email.com

18 Comments

  1. MOHAMAD ZAIDI BIN ABDULLAH

    apakah pula yang disebut kursus Microsoft Word lanjutan COMPU Studies.? saya dah mengikuti kursus microsoft word dari pelajaran 1 hingga pelajaran 25.tetapi, semasa membuka Produktiviti pelajar..ada menyuruh sila rujuk pelajaran 30 atau lain-lain pelajaran dalam kursus word lanjutan COMPU Studies semasa saya membuka demonstrasi cara mengedit dan memformat dokumen yang siap terbina itu.adakah saya perlu membeli atau mendaftar produk berbentuk CD-ROM yang lain pula untuk menyambung pelajaran untuk kursus lanjutan ini.? -SAYA KELIRU-

    • Kursus Microsoft Word Lanjutan 2008 sudah ditamatkan dan digantikan dengan Kursus Microsoft Word 2014. Semua sokongan bagi Kursus Microsoft Word Lanjutan telah ditamatkan. Sila lihat Berita Kursus Anda untuk info lanjut.

      CD Produktiviti Word diberikan percuma bersama Kursus Microsoft Word dan Kursus Microsoft Office. Anda tidak perlu membayar untuk CD ini. Jika anda adalah peserta Kursus Word atau Office anda boleh pohon kod aktif CD ini menerusi prosedur yang diterangkan dalam CD. Tidak ada sebarang caj dikenakan untuk mengaktifkan CD.

      CD Produktiviti Word sekarang berada pada versi 2014. Namun jika anda menggunakan versi lama CD Produktiviti, anda boleh pohon untuk Upgrade Percuma CD anda. Sila klik Download Center.

    • Kod aktif sy x dapat di buka bagai mana nak buat

      • Sebarang urusan berkenaan kod aktif hendak dibuat menerusi panggilan telefon, SMS atau WhatsApp ke talian hotline kami sepertimana yang diberikan. Isu anda sudahpun diselesaikan menerusi panggilan telefon.

  2. Sy berhasrat untuk mengambil ujian IELTS selepas menamatkan pengajian saya pada tahun hadapan. soalan sy ialah, adakah compu studies jalan yg sesuai untuk saya improve bahasa inggeris ke peringkat yg lebih baik?

    • Kursus Bahasa Inggeris COMPU Studies adalah kursus fokus kepada penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. IELTS adalah ujian akademik Bahasa Inggeris kelolaan British Council.

      Jika anda hanya berminat mendapatkan kelayakan IELTS untuk kejayaan atau pengajian anda, kami sarankan anda ikuti mana – mana program IELTS. Namun perlu ingat bahawa kejayaan dalam mana – mana ujian akademik tidak bermakna anda fasih berbahasa Inggeris. Di sinilah Kursus Bahasa Inggeris COMPU Studies banyak membantu. Kursus Bahasa Inggeris COMPU Studies memberikan anda latihan dan kaedah untuk memperbaiki penggunaan Bahasa Inggeris ke tahap di mana anda boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan lancar dan yakin seolah – olah ia adalah bahasa ibunda anda. Kami percaya untuk kepentingan jangka panjang, inilah yang anda cari.

  3. berapakah had umur untuk menyertai kursus ini?

    • Tidak ada sebarang umur untuk menyertai kursus. Kami ada peserta berumur 11 tahun sehingga 70 tahun. Anda tidak pernah terlalu muda atau tua untuk belajar.

  4. Hai.. saya wakil dpd Usahawan Budak Sekolah Malaysia.

    Saya nak tanya, adakah pihak CompuStudies ada menawarkan reseller program atau agen buat produk-produk kursus anda?

    Sekiranya ada kami amat berminat utk dapatkan maklumat lanjut.. TQ

    • Program reseller di tawarkan hanya kepada pelajar COMPU Studies sahaja. Sila e-mel kami secara langsung untuk berurusan berkenaan hal ini.

  5. Hye,saya menggunakan komputer yang berbeza. adakah ia akan menjadi masalah pada kerja kursus saya dan di kehendaki untuk mengaktifkan kod semua? adakah juga saya kena ulang semula pembelajaran dari mula?

    • Peserta di benarkan kod aktif kursus sebanyak 3 kali bagi setiap kursus. Anda boleh pasang kursus di komputer lain dan pohon kod aktifnya menerusi kaedah biasa. Jika anda menjalankan kursus di lebih dari satu komputer, anda perlu dapatkan keputusan ujian dari semua komputer dan hantar kepada kami untuk penilaian. Kaedah mendapatkan keputusan ujian adalah seperti yang diajar dalam Pelajaran Tamat Kursus anda. Anda TIDAK PERLU melakukan semua ujian dan latihan semula. Ujian dan latihan HANYA perlu diulang sekiranya anda hilang komputer atau format komputer anda.

  6. Hai.Saya telah memohon kod aktif minggu lepas tapi sampai sekarang tak dapat-dapat lagi.Bila saya boleh dapat kod aktif kursus saya ?

    • Kami telah menjawab semua permintaan kod aktif. Jika anda tidak menerima kod aktif, SMS atau WhatsApp sekali lagi. Cara alternatif adalah membuat panggilan terus di waktu pejabat.

  7. saya hantar minta di kirim katalog tak ada terima.

    • Kami tidak dapat kesan rekod anda berdasarkan alamat e-mel yang anda berikan. Sila hubungi kami menerusi SMS atau WhatsApp di talian 019-4965728.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × three =