Mengapa Pendidikan E-Learning Lebih Baik Dari Kelas?

Dunia sedang pantas berubah. Setiap tahun teknologi baru muncul menggantikan yang lama. Dunia pendidikan juga tidak terlepas mengalami perubahan mendadak ini. Jika dahulunya pendidikan dilakukan menerusi kelas, kini pendidikan e-learning atau e – pembelajaran menjadi pilihan ramai.

Apakah Itu Pendidikan E-Learning?

pendidikan e-learningE-Learning adalah pendidikan yang dilakukan menerusi media elektronik seperti perisian komputer, video, aplikasi mobil, e-buku dan perbincangan elektronik. Menerusi E-Learning, pelajar tidak perlu hadir ke kelas dan adalah bebas belajar di mana jua dan pada bila – bila masa. Sekarang ini e-learning adalah sistem pendidikan yang paling cepat berkembang. Terdapat banyak sebab mengapa semakin ramai golongan pelajar dan pekerja lebih minat belajar menerusi e-learning dari hadir kelas tradisional. Mari lihat antara sebab – sebabnya.

Pendidikan E-Learning Jauh Lebih Murah.

pendidikan e-learning murahPendidikan menerusi E-Learning yang dilakukan tanpa kelas boleh jadi sehingga 60% lebih murah dari menghadiri kelas tradisional. Ini hanya mengira kos kursus sahaja dan tidak termasuk kos – kos lain seperti perjalanan, penginapan dan sara hidup. Kos pendidikan tradisional dalam kelas juga semakin naik seperti yang dapat anda perhatikan dalam rajah di bawah. Di samping itu pendidikan e-learning dapat menjimatkan anda kos perjalanan, penginapan dan sara hidup yang boleh merangkumi sehingga 25% dari jumlah kos pendidikan. Ini menjadikan penjimatan dari pendidikan e-learning lebih dari 80%! Kesemua ini menjadikan pendidikan e-learning semakin mendapat sambutan pelajar tidak kira usia dan situasi hidup.

pendidikan e-learning jimat

Pendidikan E-Learning Lebih Berkesan!

pendidikan e-learning berkesanSalah satu tanggapan salah terhadap pendidikan e-learning adalah bahawa ianya tidak berkesan. Satu kajian yang dilakukan oleh shitelearning.org menunjukkan bahawa pembelajaran e-learning adalah 60% lebih cepat dari pembelajaran tradisional menggunakan kelas. Ini kerana menggunakan pendidikan e-learning, anda boleh belajar mengikut rentak anda sendiri dan tidak perlu tunggu untuk peserta atau pelajar yang lebih perlahan. Kajian juga mendapati bahawa peserta yang mengikuti pendidikan e-learning adalah 50% lebih produktif dari peserta dalam kelas tradisional. Ini kerana pendidikan e-learning memberikan lebih masa untuk anda menguasai sesuatu kemahiran itu kerana anda boleh luangkan masa mengikut keperluan menguasai topik yang dipelajari. Ini berbeza dengan pendidikan kelas di mana guru atau pensyarah terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran dalam jangka masa yang ditetapkan tanpa boleh banyak memberikan tumpuan kepada keperluan pelajar. Justeru itu peserta yang mengikuti pendidikan e-learning mendapati penguasaan dan kefahaman mereka terhadap topik yang dipelajari adalah lebih tinggi berbanding dengan peserta yang belajar di dalam kelas.

Pendidikan E-learning COMPU Studies

pendidikan e-learning compu studiesCOMPU Studies telah menjadi pelopor dalam pendidikan e-learning di Malaysia lebih dari 20 tahun. Penyampaian bahan pelajaran telah berubah sejajar dengan perkembangan teknologi. Jika dahulunya kursus – kursus COMPU Studies hanya dipelajari menerusi buku dan manual bercetak sahaja namun kini sistem pendidikan e-learning COMPU Studies merangkumi perisian yang dicipta khas dalam bahasa Melayu. Penyampaian bahan pelajaran kini menggunakan video, latihan interaktif dan sistem online di mana perlu dan sesuai. Kursus – kursus COMPU Studies kini boleh dijalankan di pelbagai jenis peralatan elektronik dari laptop, komputer sehingga ke smartphone dan tablet. Menggunakan sistem pendidikan e-learning COMPU Studies anda bebas belajar di mana sahaja pada bila – bila masa. Harga kursus – kursus COMPU Studies juga amat murah jika dibandingkan dengan kursus yang sama di kelas tradisional. Di samping semua ini, COMPU Studies mengutamakan perhubungan dan komunikasi dengan pelajar. Peserta kursus bebas bertanyakan sebarang soalan pada bila – bila masa. Berbagai saluran disediakan untuk peserta menghubungi kami seperti telefon, SMS, WhatsApp, e-mel dan Internet. Kami menjawab semua soalan bagi memastikan peserta boleh menamatkan kursus dengan jayanya. Kadar kejayaan kursus – kursus COMPU Studies juga sangat tinggi. Lebih 99% peserta yang menamatkan kursus berjaya mendapat sijil. Semua ini membukti sistem pendidikan e-learning COMPU Studies adalah berkesan dan murah.

 

Comments are closed