Bagaimana Kursus COMPU Studies Dijalankan

Pembelajaran kursus – kursus komputer COMPU Studies dilakukan secara sistematik. Langkah – langkah dalam pembelajaran kursus diterangkan di bawah.

Langkah 1: Pesan Pakej Kursus Anda

Mudah Untuk Memesan Kursus

Mudah Untuk Memesan Kursus

Langkah pertama adalah memesan pakej kursus anda. Anda boleh memesan melalui empat cara:-

  1. Pesan secara pos.
  2. Pesan secara e-mel.
  3. Pesan dengan SMS atau telefon ke talian 017-5897449
  4. Datang sendiri ke premis kami untuk mendapatkan pakej kursus anda.

Langkah 2: Dapatkan Pakej Kursus Anda

Tandatangan Untuk Pakej Kursus Anda

Tandatangan Untuk Pakej Kursus Anda

Setelah membuat pesanan, anda akan menerima pakej kursus dari kami. Jika anda memesan melalui e-mel, pos, SMS atau telefon, pakej kursus akan dipos kepada anda menggunakan perkhidmatan Pos Daftar, Pos Ekspres atau Pos Laju bergantung kepada bilangan pakej yang dipesan.

Semasa menerima pakej kursus, tandatangan anda diperlukan sebagai bukti pakej kursus selamat tiba ditangan anda.

Langkah 3: Mulakan Pembelajaran

Belajar bila-bila masa, di mana jua

Belajar bila-bila masa, di mana jua

Setelah menerima pakej kursus, anda bolehlah menjalankan CD – CD kursus di komputer atau laptop anda. Anda akan belajar sambil buat kerja – kerja kursus di komputer yang sama. Dengan ini anda hanya perlu satu komputer sahaja. Anda juga tidak perlu sebarang sambungan Internet. Ini kerana semua pembelajaran kursus dimuatkan 100% dalam CD – CD kursus anda. Melalui cara ini anda boleh belajar pada bila – bila masa, di mana jua anda berada.

Langkah 4: Dapatkan Khidmat Bantuan dan Sokongan

Bantuan untuk Kursus Mudah Diperolehi

Bantuan untuk Kursus Mudah Diperolehi

Semasa pembelajaran, jika anda ada sebarang soalan atau masalah, anda boleh minta bantuan dari kami melalui telefon, SMS, e-mel atau laman web ini. Kami menjawab semua SMS dan e-mel pelajar. Tidak kira di mana sahaja anda mengikuti kursus, kami hanyalah satu panggilan, SMS dan e-mel jauhnya dari anda. Jadi anda tidak pernah keseorangan mengikuti kursus.

Langkah 5: Siapkan Latihan Kursus

Berjaya Dalam Kursus

Berjaya Dalam Kursus

Setiap kursus komputer COMPU Studies dilengkapi dengan latihan dan ujian. Anda menjalani latihan di komputer. Setelah siap latihan, keputusannya akan dipaparkan terus menerus kepada anda. Anda boleh mengulangi latihan seberapa kali yang anda mahu. Ini membantu anda mengenali dan memperbetulkan kesilapan anda.

Langkah 6: Hantar Keputusan Latihan Kepada Kami

Hantar Keputusan Latihan

Hantar Keputusan Latihan

Setelah menamatkan sesuatu kursus itu, anda akan menghantar keputusan latihan kepada kami untuk dinilai. Ini boleh dilakukan secara pos atau e-mel. Semua prosedurnya diterangkan secara terperinci di dalam kursus anda sendiri.

Jika anda tidak ingin dapatkan sijil kursus, anda tidak perlu melakukan langkah ini.

Langkah 7: Peroleh Sijil Kursus Tanda Usaha Dan Kejayaan Anda

Sijil Kursus Tanda Kejayaan Anda

Sijil Kursus Tanda Kejayaan Anda

Keputusan latihan anda akan dinilai oleh kami. Sijil kursus akan dikeluarkan apabila anda lulus latihan kursus. Sijil kemudian akan dipos kepada anda menggunakan perkhidmatan Pos Daftar. Pada peringkat ini anda telah berjaya menamatkan kursus.

Walaupun kursus anda telah tamat, anda masih boleh mengulangkaji bahan kursus anda dan menanyakan sebarang soalan kepada kami. Ini kerana perhubungan anda dengan kami tidak akan tamat dengan tamatnya kursus anda. Anda akan tetap dianggap pelajar kami buat selamanya.

Sijil kursus COMPU Studies telah digunakan oleh pelajar kami untuk memohon jawatan kosong, kenaikan pangkat dan latihan kerjaya di sektor awam dan swasta. Gunakannya sebaik mungkin.

Rencana Berkaitan

Bagaimana Kursus Dijalankan
bagaimana kursus dijalankanKetahui langkah demi langkah bagaimana kursus anda dijalankan dari mula sehingga akhir. Klik butang di bawah.
Beli Produk Elektronik Dengan Harga Borong!
download kursusDapatkan harga borong bagi produk – produk elektronik pilihan COMPU Studies seperti Powerbank, Headphones, Kabel, cakera rakaman CD/DVD dan dakwat pencetak.
Lihat Semua Kursus
jenis_kursusLihat semua kursus – kursus yang ditawarkan oleh COMPU Studies dengan cepat. Klik butang di bawah.
Jom Belajar
jom_belajarBaca Tips Komputer Minggu ini. Ikuti tutorial percuma Asas Pembinaan Laman Web. Lakukan Kuiz percuma kami dan dapatkan sijil untuk kuiz anda. Kami juga ada Kursus Facebook Percuma. Klik butang di bawah.

Comments are closed