Mengapa ruang kosong cakera saya semakin berkurang?

Soalan:-

Saya nak tanya,apa yg menyebabkan drive c saya cepat sangat berkurangan free spacenya (ruang kosong)? Setiap kali saya buka internet, setiap saat free space (ruang kosong) berkurangan dan berkurangan. Walhal saya dah cuba delete history dan uninstall program yg sedia ada. Apa sebenarnya punca masalah saya  ini?
Jawapan:-
Ruang kosong cakera keras C (yang sering adalah cakera utama dalam komputer) boleh berkurangan secara mendadak apabila pengguna berada dalam talian atau online di sebabkan oleh beberapa sebab:-
1) Ruang kosong cakera berkurangan disebabkan oleh aktiviti perisian tertentu yang memuat turun fail tanpa disedari oleh pengguna. Di antara perisian yang diketahui melakukan kegiatan seperti ini adalah seperti virus dan spyware. Spyware sering memuat turun berbagai jenis perisian dan seperti iklan, virus dan spyware lain ke dalam komputer pengguna. Ini akan menyebabkan ruang kosong cakera C turun dengan mendadak. Perkara ini diburukkan lagi apabila saiz ruang kosong pada cakera sudah sedia kecil.
b) Ruang kosong pada cakera juga boleh berkurang disebabkan oleh aktiviti sah perisian – perisian tertentu. Sesetengah perisian seperti Windows, Java, Adobe dan lain – lain mempunyai ciri autoupdate. Dengan ciri ini perisian akan memuat turun fail – fail kemas kini (yang sering boleh jadi berpuluh hingga beratus Megabyte saiznya) apabila talian Internet dikesan. Akibatnya pengguna akan melihat saiz ruang kosong cakeranya semakin berkurangan. Namun disebabkan ada banyak perisian, adalah mustahil untuk memastikan perisian mana yang mungkin dan sedang melakukan kegiatan autoupdate secara senyap ini.
Penyelesaian
Cara terbaik untuk membaik pulih masalah ruang kosong cakera semakin berkurangan adalah untuk memastikan yang tidak ada aktiviti yang tidak diingini sedang berlangsung pada komputer anda setiap kali anda bersambung ke Internet. Aktiviti yang dimaksudkan adalah jangkitan virus dan spyware. Jadi tindakan yang sewajarnya ialah menjalankan satu pengimbasan keseluruhan lengkap sistem menggunakan perisian antivirus anda.
Untuk memastikan yang anda benar – benar dapat mengesan virus dan spyware dengan terbaik, anda disarankan melakukan tindakan – tindakan seperti berikut:-
1) Kemas-kinikan perisian antivirus dan anti-spyware anda. Rujuk Kursus Pembasmian Virus dan Spyware COMPU Studies. Pelajaran 3 Kursus Pembasmian Virus dan Spyware mengajar anda bagaimana mengemas-kini anti-spyware dan Pelajaran 10 kursus tersebut mengajar anda kaedah mengemas-kini antivirus.

2) Tutup sambungan Internet anda. Ini bagi memastikan jangkitan baru tidak berlaku semasa anda melakukan tugasan berikutnya.

3) Jangan boot-scan seperti yang diajar di dalam Pelajaran 15 Kursus Pembasmian Virus dan Spyware COMPU Studies.

4) Periksa rekod pengimbasan virus dan lakukan tindakan susulan seperti yang diajar di dalam Pelajaran

15 tadi.

5) Lakukan pengimbasan spyware dengan anti-spyware seperti yang dijelaskan dalam Pelajaran 4 Kursus Pembasmian Virus dan Spyware COMPU Studies.

6) Setelah semua virus dan spyware dibuang dan sistem anda bersih dari semua anasir jahat ini, ambil tindakan dan langkah berjaga – jaga semasa menggunakan Internet seperti yang diterangkan dalam Pelajaran 5 Kursus Pembasmian Virus dan Spyware COMPU Studies.

7) Pastikan komputer anda dilengkapi dengan Firewall bagi membantu mengurangkan risiko jangkitan virus, spyware dan serangan dari perisian worm dan hackers. Rujuk Pelajaran 20 Kursus Pembasmian Virus dan Spyware untuk kaedah memasang perisian Firewall di dalam Windows Xp, Windows Vista dan Windows 7.

8) Pastikan ruang kosong cakera anda tidak pernah kurang dari 500MB. Jika saiz ruang kosong cakera anda jatuh kurang dari nilai ini, ambil langkah sewajarnya seperti menyah-pasang (uninstall) perisian yang tidak diperlukan. Jika nilai ruang kosong cakera tidak banyak berubah selepas itu, pertimbangkan untuk mendapatkan satu cakera keras baru sebagai media storan tambahan atau menggantikan cakera sedia ada.

Melakukan langkah – langkah di atas kami pasti anda akan dapat menyelesaikan masalah ruang kosong cakera keras anda berkurangan dan memastikan sistem komputer anda berfungsi baik untuk jangka masa yang lama.

Bookmark the permalink.

Comments are closed.