Kursus Grafik Microsoft Office

kursus grafik

Kursus Grafik Microsoft Office

Kursus Grafik akan memberikan anda kemahiran bekerja dengan fail-fail grafik. Anda akan mempelajari cara mengedit fail gambar menggunakan perisian Microsoft Office sahaja; iaitu Microsoft Word, Power Point dan Excel. Belajar cara mencipta grafik yang menarik dan unik tanpa memerlukan sebarang perisian luar yang mahal serta susah dipelajari seperti Adobe Photoshop.

Klik di sini untuk Daftar

Kursus ini menawarkan pelajaran-pelajaran yang padat serta menarik yang dilengkapi demonstrasi komprehensif dan latihan mencabar untuk membantu anda menguasi ilmu grafik sepenuhnya. Kursus ini menjadi pelengkap kepada Kursus Microsoft Office serta Microsoft Word dan akan membantu akan mengoptimumkan penggunaan Microsoft Office anda.
TopikBahan Kursus AndaUntuk Siapa?Komen Peserta
Melalui kursus ini anda akan belajar:-
Cara Crop gambar.
kursus-grafik-cat
Anda akan belajar cara memotong gambar kepada bentuk-bentuk tertentu mengikut cita rasa anda. Fungsi ini dipanggil Crop to Shape.
Mengenakan kesan-kesan unik pada gambar (Special Effects).
kursus grafik 3d
Melalui kursus ini, anda akan belajar mengenakan special effects yang unik pada gambar anda . Antara kesan yang boleh anda kenakan adalah seperti kesan 3D, bayang-bayang dan cahaya sinar.
Menyusun gambar dengan menarik.

kursus-grafik-montage

Kursus ini memberikan anda kemahiran mencipta kolaj gambar yang boleh dimuatkan ke dalam Facebook, Internet, video atau dicetak dan dimasukkan ke dalam bingkai.

Cara memadam latar belakang gambar.

kursus grafik remove background

kursus grafik combine

Belajar cara memadam latar belakang dari sebarang gambar.

Gabungkan dua atau lebih gambar kepada satu gambar.

kursus grafik combine wedding

Gabungan gambar.

Menetapkan ‘background’ anda sendiri.

kursus-grafik-backgroundAnda juga akan belajar mengenakan background anda sendiri pada slide atau dokumen anda. Kemahiran ini akan membolehkan anda menambah kepelbagaian pada persembahan dan dokumen anda.

Mengenakan kesan khas pada teks dalam dokumen anda.

 kursus grafik texts effectsBosan dengan teks hitam dan biasa? Kursus ini akan mengajar anda mengenakan pelbagai kesan istimewa agar teks dokumen anda kelihatan menarik dan berwarna-warni.

Apabila anda daftar untuk kursus ini, anda akan dapat bahan – bahan berikut:-

  1. CD-ROM Kursus Grafik COMPU Studies.
  2. Sijil Kursus Grafik COMPU Studies.
Kursus ini sesuai bagi mereka yang mempunyai kemahiran asas Microsoft Office. Kursus ini sesuai untuk pekerja pejabat, pelajar sekolah dan kolej serta sesiapa sahaja yang ingin menguasai ilmu grafik tanpa mengira umur.

Optimumkan Penggunaan Microsoft Office Anda
Melalui kursus ini, anda kan belajar mengoptimumkan semua ciri yang ditawarkan oleh perisian Microsoft Office seperti Microsoft Excel, Power Point dan Word. Anda akan menyedari bahawa kegunaan perisian Microsoft Offuce bukan setakat memproses perkataan atau data serta mencipta persembahan sahaja, tetapi juga sebagai perisian grafik yang mudah digunakan.

Keperluan Sistem
Sebarang jenama komputer atau laptop dengan Windows Xp, Vista 7 dan 8. Pemacu CD/DVD dan 150MB ruang kosong cakera keras.

Antara komen peserta – peserta kursus ini:-

“Kini saya dapat edit gambar – gambar grafik saya menerusi kursus ini. ” – Mohd Yusof bin Husman, Taman Mulia Jaya, Ampang, Selangor.
 
“Saya dapat mencipta gambar serta teks mengikut kreativiti tersendiri. Dokumen saya semakin cantik dan kemas untuk di baca. Pelbagai fungsi telah saya pelajari dan digunapakai sehingga kini.” – Nursyafiqah Binti Abdul Rahman, Bagan Lebai Tahir, Butterworth, Penang.

Bookmark the permalink.

Comments are closed.