Komputer Selalu Reboot

Soalan dari seorang pelajar:-
Adakah komputer itu mempunyai banyak virus jika komputer itu selalu reboot..dan adakah cd kursus yang saya pasang nanti tidak dijangkiti virus?

Jawapan:-
Komputer yang selalu reboot (mula semula) boleh disebabkan oleh salah satu atau lebih masalah – masalah berikut:-

1) Bekalan kuasa yang tidak stabil – sama ada dari soket dinding atau dari kotak kuasa komputer.

2) Masalah perkakasan komputer – seperti sambungan kabel kuasa kepada cakera keras longgar atau komponen lain yang rosak.

3) Perisian driver Windows yang tidak serasi dengan perkakasan.

4) Penggunaan Windows yang belum diaktifkan lagi.

5) Jangkitan virus dan spyware.

Kesemua yang di atas adalah sebab – sebab utama yang boleh menyebabkan komputer anda reboot berulang kali.

Untuk mengenalpasti masalahnya anda perlulah:-
a) Memastikan sama ada masalah berpunca dari perkakasan.
b) Memastikan Windows telah diaktifkan.
c) Memastikan sama ada masalah berpunca dari perisian driver.
d) Memastikan sistem anda bebas dari virus dan spyware.


Kesemua langkah – langkah di atas hanya boleh dilakukan oleh seorang juruteknik yang berpengalaman dan punya kesabaran. Oleh itu bawalah komputer anda ke juruteknik yang anda percayai.






Bookmark the permalink.

Comments are closed.