Baik Pulih Masalah Cetakan

Soalan dari seorang pelajar:-

Setiap kali apabila dokumen dicetak hasilnya amat tidak memuaskan serta kualiti agak teruk.Hasilnya amat ketara terutama kepada tulisan serta objek yang berwarna sahaja. Tulisan serta objek  yang berwarna hitam tiada masalah.Saya nak tahu apakah puncanya? Saya nak kepastian adakah ia mungkin berpunca dari print head calour sudah terkering? Untuk makluman tuan, printer saya berjenama Lexmark-kandungannya masih banyak lagi.Apakah tindakan susulan yang boleh saya buat?

Jawapan:-
Kerja – kerja mencetak kerap dilakukan apabila menggunakan perisian seperti Microsoft Word. Kursus Microsoft Word COMPU Studies mengajar anda berbagai teknik cetakan.

Namun kadangkala hasil cetakan yang diberikan oleh pencetak amat menghampakan. Apabila hasil cetakan bermasalah seperti tidak ada warna kelihatan atau pun cetakan hitam tidak muncul ianya menandakan ada masalah dengan pencetak.

Biasanya ini berpunca dari kepala pencetak (print head) yang tersumbat. Print head boleh tersumbat dengan dakwat kering apabila tidak digunakan untuk sekian lama. Dalam keadaan ini walaupun katrij dakwat penuh, kualiti cetakan adalah jauh dari memuaskan.

Sebab lain perkara ini boleh berlaku adalah apabila print nozzle di print head sudah terbakar. Print nozzle adalah liang melalui mana dakwat keluar dari print head. Apabila pencetak dijalankan dalam keadaan print head tersumbat, print nozzel-nya boleh terbakar akibat menjadi terlalu panas. Kerosakkan jenis ini adalah kerosakkan kritikal dan hanya boleh dibaiki dengan menggantikan print head tersebut.

Jadi masalah dakwat tidak keluar dari print head boleh jadi kritikal atau tidak. Untuk memastikannya anda boleh lakukan tindakan – tindakan berikut:-
1) Lakukan fungsi Print Head Cleaning melalui perisian printer driver anda. Rujuk manual pencetak anda untuk tekniknya.

2) Jika hasil cetakan masih tidak memuaskan, keluarkan print head dari printer. Rendamkan print head setakat nozzle sahaja ke dalam air suam. Keringkan print head dan nozzle di atas kertas tisu. Perhatikan kesan dakwat yang muncul di kertas tisu. Garisan kesan dakwat hendaklah lurus dan tidak terputus – putus. Juga pastikan semua warna yang ada di dalam print head itu muncul pada kertas tisu. Ulangi proses ini jika kesan dakwat yang muncul pada tisu tidak memuaskan.

Tonton video YouTube ini sebagai panduan.

Bookmark the permalink.

Comments are closed.