Apakah maksudnya amaran Low Disk Space pada Windows?

Amaran Low Disk Space pada Windows

Soalan:-
Pada komputer saya ada tertulis low disk space.you are running very low disk space on local disk c.kerap sangat muncul.apa maknanya dan kenapa jadi begitu?

Jawapan
Amaran Low Disk Space bermakna ruang kosong pada cakera sistem Windows semakin berkurang dan tidak dapat menampung keperluan Windows. Ini akan memperlahankan perjalanan Windows dan boleh juga mengakibatkan Windows tergantung operasi.

Cakera keras sistem berada dalam keadaan ruang kosong yang kritikal

Cakera keras sistem seringkali adalah cakera keras C: atau sering dilabelkan Local Disk (C:) pada (My) Computer. Jika anda membuka (My) Computer dalam Windows Xp, Vista dan Windows 7, anda akan nampak bar paras cakera menjadi warna merah seperti yang digambarkan di atas.

Untuk membaik pulih keadaan ini anda boleh lakukan beberapa perkara:-

1) Membuang atau memindahkan fail – fail peribadi yang besar (melebihi beberapa GB) dari Desktop dan (My) Documents ke cakera lain.

2) Membuang atau uninstall perisian – perisian besar yang tidak diperlukan dari Add/Remove Programs dalam Control Panel.

3) Mengabungkan dua cakera menjadi satu. Sebagai contoh dalam grafik di atas cakera F: boleh digabungkan dengan cakera C: untuk membentuk satu cakera C: yang lebih besar. Teknik untuk melakukan ini dihuraikan dengan terperinci dalam Kursus Format, Partition, Backup dan Restore Windows COMPU Studies

Bookmark the permalink.

Comments are closed.