Format Laptop dan Format Komputer

format laptop

  • Belajar format laptop dan format komputer.
  • Format Windows Xp, 7 dan 10 yang terkini.
  • Bahan dan panduan lengkap diberikan.
  • Tidak perlu hadir kelas yang jauh dan mahal.
  • Belajar di mana jua pada bila – bila masa.
  • Tidak ada yuran bulanan. Hanya RM1xx sekali bayar.
  • Bahan pelajaran 100% dalam bahasa Melayu.
  • Sijil diberikan.

Dapatkan Katalog Percuma

Isikan borang di bawah untuk mendapatkan katalog percuma Kursus Format Laptop dan Format Windows COMPU Studies. Kotalog percuma akan diposkan kepada anda tanpa sebarang syarat.

Sila pastikan alamat yang diberikan adalah betul dan lengkap. Pastikan alamat anda ada poskod dan nama bandar.

Hantar Saya Katalog Percuma dan Diskaun
  • Taip e-mel jika ada.
  • Pastikan alamat ada poskod dan nama bandar.

Mengapa Belajar Format Laptop dan Komputer?

Jimat Kos
Jimat kos menghantar komputer ke kedai untuk diformat. Purata kos format Windows adalah di antara RM50 sehingga RM100 setiap kali di format!
Jimat Masa
Jimat masa. Berbekalkan manual kami anda akan dapat format laptop dan format komputer anda sendiri tanpa menunggu beberapa hari atau minggu untuk pekedai siap pasang atau format Windows ke dalam komputer anda.
Prestasi Komputer Lebih Baik
Nikmati prestasi komputer yang lebih baik. Teknik format laptop dan format komputer yang diajar dalam manual kami adalah teknik yang disyorkan oleh Microsoft bagi menghasilkan format Windows yang paling optima dan stabil untuk komputer anda. Ini berbeza dengan teknik “format kilat” yang dilakukan oleh pekedai komputer yang sering tidak stabil dan akan bermasalah semula selepas beberapa bulan.
Belajar Kemahiran Baru
Belajar kemahiran komputer baru. Ini meningkatkan kepuasan dan keyakinan diri anda untuk membaiki komputer dan menguruskan masalah komputer anda sendiri.
Jana Pendapatan
Jana pendapatan sampingan. Kemahiran format laptop atau komputer baru yang anda dapat ini boleh digunakan untuk mengambil upah format Windows bagi orang lain. Jadi jika dahulunya anda membayar orang untuk format laptop/komputer, sekarang orang akan membayar anda untuk format Windows bagi mereka!
Ikuti Perkembangan Teknologi
Ikuti perkembangan teknologi terkini. Selang beberapa tahun, versi Windows baharu akan muncul. Mempelajari teknik format dan memasang Windows akan membenarkan anda upgrade atau menaiktarafkan sistem operasi (OS) anda dan mengambil kesempatan atas kemampuan teknologi terkini. Kini anda tidak perlu minta bantuan orang lain lagi!

Siapa Kami?

compu_studiesCOMPU Studies mula beroperasi sejak tahun 1990. Semenjak itu kami telah mendidik ribuan pelajar dalam penggunaan IT dan bahasa Inggeris dari seluruh pelusuk Malaysia, termasuk dari Indonesia, Singapura dan Brunei.

COMPU Studies adalah organisasi swasta yang terlibat sepenuhnya dalam memberikan kursus – kursus melalui konsep pendidikan jarak jauh atau PJJ. Kursus – kursus kami memberikan imbangan teori dan praktikal yang baik bagi menjadikan sesiapa sahaja yang mengikuti kursus, mahir dalam topik yang dipelajari. Kami mengalu – alukan anda sebagai ahli baru keluarga kami yang semakin membesar.

Apa Anda Dapat – Bahan Lengkap Untuk Format Windows Xp, 7 dan 10!

Manual Lengkap Penuh Warna
manual format windowsManual setebal 90 mukasurat ini dicetak dalam penuh warna supaya anda boleh merujuk kepadanya semasa melakukan kerja – kerja format komputer anda. Ia mengandungi semua langkah – langkah bagaimana hendak format komputer yang diterangkan satu per satu dan disertakan gambar bagi setiap langkah dan tip – tip dari lebih 25 tahun pengalaman kami.
DVD Format Windows
format komputer dvdDVD sistem digunakan untuk menformat dan memasang Windows 7 dan 8 ke dalam komputer atau laptop anda. Anda tidak perlu cari sebarang sumber atau bahan lain.
DVD Perisian Windows
dvd-perisianGunakan DVD perisian ini untuk melengkapkan sistem komputer anda setelah diformat dan dipasang Windows baru. DVD perisian ini mengandungi semua perisian yang paling kerap digunakan. Kami telah mencipta sistem navigasi khas dalam Bahasa Melayu supaya anda boleh guna dan pasang perisian dengan mudah. Anda tidak perlu membeli, meminjam atau menghabiskan berjam – jam untuk memuat turun perisian dari Internet. Kami melakukan segalanya untuk anda. Antara perisian yang terkandung di dalam DVD perisian percuma ini ialah Kingsoft dan Microsoft Office, versi terkini semua browser Internet yang terkenal seperti Google Chrome dan Mozilla Firefox. Juga disertakan ialah perisian penting seperti Adobe Acrobat Reader, Adobe Flash Player, Adobe Shockwave, perisian antivirus dan pemain media yang paling hebat di dunia! Semua perisian adalah 100% ori dan tidak ada satu pun yang cetak rompak. Semua perisian dijamin 100% bebas dari virus kerana kami sendiri telah memeriksanya.

Komen Pelajar

“Manual ini sangat memuaskan. Membantu saya format komputer dengan cara yang betul. Saya pernah format laptop 4-5 tahun lepas tetapi sudah lupa. Kursus ini telah membantu saya menambah pengetahuan, mengingat semula dan menjadi rujukan untuk saya jika ingin menformat komputer di masa akan datang”

Farith Fariq Bin Hashim, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.

“Menarik kerana berwarna – warni. Gaya bahasa senang difahami. Manual ini sememangnya bagus. Komputer saya yang lemah (perlahan) menjadi laju. Saya dapat menjimatkan masa dan wang.”

Leo Bin Onong, Kg Kiabau, Telupid, Sandakan, Sabah

“Tidak pernah saya mendapat manual yang seperti ini. Ini adalah yang terbaik bagi saya dan ianya sangat membantu.”

Mohd Suhaimi Bin Awang, Desa Pahlawan, Kota Bharu, Kelantan

Bandingkan Harga Kami

Kursus
COMPU Studies
  • RM1xx sekali bayar sahaja
  • Bantuan waktu kursusok
  • Sijil Kursusok
  • Sokongan selepas kursusok
  • Waktu Belajar Fleksibelok
  • Tempat Belajar Fleksibelok
  • Nota lengkap dan berkualitiok
  • 100% dalam bahasa Melayuok
  • Kursus boleh dikongsiok
  • Yuran tambahanno
Kelas
Komputer Lain
  • RM2XX sebulan
  • Bantuan waktu kursusok
  • Sijil Kursusok
  • Sokongan selepas kursusno
  • Waktu Belajar Fleksibelno
  • Tempat Belajar Fleksibelno
  • Nota lengkap dan berkualitino
  • 100% dalam bahasa Melayuno
  • Kursus boleh dikongsino
  • Yuran tambahanok