7 Teknik Buat Bateri Telefon Tahan Lama

Tidak kira betapa canggihnya telefon bimbit atau tablet anda, salah satu masalah utama adalah bateri telefon dan tablet cepat habis. Artikel ini membentangkan 10 teknik untuk membuat bateri telefon tahan lama.

Bagaimana Buat Bateri Telefon Tahan Lama

Menggunakan teknik – teknik yang dibentangkan di sini, kami boleh jamin bateri telefon dan tablet anda akan bertahan 2 hari atau lebih penggunaan yang aktif. Bagi penggunaan yang tidak aktif, bateri boleh bertahan 3 hingga 5 hari sebelum perlu dicaj semula.

Mari ikuti 10 petua membuat bateri telefon tahan lama.

#1: Caj Bateri Dengan Betul

Perkara paling penting untuk membuat bateri telefon tahan lama adalah mengecaj bateri dengan betul. Ikuti petua – petua berikut untuk mengecaj bateri dengan betul:-

  • Caj bateri hanya apabila mesej “low battery” muncul. Mengecaj bateri lebih awal boleh melemahkan bateri anda dan mengurangkan jangkahayatnya.
  • Caj bateri sekurang – kurangnya 8 jam. Mengecaj bateri buat seketika juga boleh melemahkan bateri anda.
  • Caj bateri dari bekalan kuasa yang kuat. Gunakan bekalan kuasa dinding atau Powerbank yang berkualti untuk mengecaj bateri. Mengecaj bateri dari laptop yang sedang dijalankan dengan bateri atau dari soket pemanas rokok kereta anda tidak memberikan kesan caj yang sempurna.

 #2 Periksa Penggunaan Kuasa Bateri

skrin battery android

Skrin Battery Android

Langkah seterusnya untuk membuat bateri telefon tahan lama adalah memeriksa penggunaan kuasa bateri peranti Android anda. Sistem Android tiba dengan paparan penggunaan kuasa yang menarik seperti yang digambarkan di sebelah.

Untuk melihat paparan kuasa bateri, hanya pilih Settings > Battery dalam sistem Android anda.

Satu paparan muncul seperti di sebelah menggambarkan semua aplikasi dan jumlah kuasa bateri yang digunakan oleh mereka. Paparan ditunjukkan dalam turutan menurun dengan penggunaan tertinggi di atas dan dinyatakan dalam peratus.

Lihat senarai aplikasi yang terpapar. Jika anda dapati ada aplikasi yang anda jarang gunakan, anda boleh buang aplikasi tersebut atau disable-kannya.

 Paparan skrin telefon atau tablet anda mungkin berbeza dengan apa yang digambarkan dalam artikel ini kerana perbezaan model/jenama telefon/tablet dan versi Android. 

 #3 Tutup Fungsi Rangkaian Yang Tidak Diperlukan

Tutup fungsi rangkaian Android

Tutup fungsi rangkaian Android

Smart Phone dan tablet sekarang tiba dengan berbagai fungsi rangkaian seperti LTE, NFC, GPS, Wi-Fi, dan Bluetooth. Kesemua fungsi – fungsi ini memakan kuasa bateri. Namun anda jarang sekali akan menggunakan kesemua fungsi ini sepanjang hari. Oleh itu teknik ketiga untuk membuat bateri telefon tahan lama ada menutup atau mematikan fungsi – fungsi rangkaian yang tidak diperlukan. Mulakan dengan fungsi GPS, diikuti dengan NFC, Wi-Fi, Bluetooth dan LTE.

Untuk menutup sebarang fungsi rangkaian, sapu bawah bahagian atas skrin Android untuk membuka Notification Bar seperti yang digambarkan disebelah. Kemudian sentuh ikon rangkaian untuk menutup fungsinya.

Hanya biarkan fungsi rangkaian yang anda sering gunakan sahaja terpasang. Kebanyakan penguna mempunyai data plan Internet, jadi fungsi ini boleh dibiarkan terpasang. Fungsi – fungsi rangkaian lain hanya harus dipasang apabila ingin digunakan sahaja.

 #4 Gunakan Fungsi Power Saving Mode

android power saving mode

Power Saving Mode

Salah satu teknik paling berkesan dan mudah untuk buat bateri telefon tahan lama adalah dengan menggunakan Power Saving Mode atau mod penjimatan kuasa telefon atau tablet anda. Sila periksa Setting telefon dan tablet anda. Jika anda dapati ianya ada Power Saving Mode anda boleh aktifkannya seperti digambarkan di sebelah. Power Saving Mode akan menghad penggunaan telefon / tablet anda kepada SMS, panggilan, melayari Internet dan Facebook.

 #5 Matikan Aplikasi Yang Jarang Digunakan

Banyak model telefon dan tablet tiba dengan berbagai jenis aplikasi stok yang dipasang oleh pengeluar. Aplikasi stok ini diaktifkan sebaik sahaja telefon / tablet dipasang dan akan kekal berfungsi walaupun anda tidak menggunakannya. Ada juga sesetengah aplikasi yang dipasang pengguna melakukan perkara yang sama. Semua aplikasi jenis ini memakan kuasa bateri. Anda boleh cari dan matikan aplikasi yang jarang atau tidak digunakan lagi dengan membuka Setting > App. Kemudian alihkan skrin ke kiri atau kanan sehingga anda sampai ke srkin Running seperti yang digambarkan di sebelah.

Aplikasi seperti Google Play Services boleh dimatikan sekiranya peranti anda tidak ada sambungan Internet. Semua aplikasi yang ada logo robot android dan Settings tidak harus dimatikan. Lain – lain aplikasi boleh dimatikan sekiranya tidak diperlukan.

 #6 Tutup Vibration

tutup-vibration

Tutup Setting Vibration

Sistem Android kebanyakan telefon dan tablet tiba dengan setting vibration diaktifkan bersama ringtone. Vibration menggegarkan telefon anda apabila ada panggilan atau mesej lain. Vibration menggunakan fungsi transducer di dalam telefon / tablet yang banyak memakan kuasa letrik. Oleh itu jika anda benar – benar tidak memerlukan telefon anda menggetar setiap kali ada panggilan atau mesej, silalah tutupkan fungsi ini. Ini adalah salah satu teknik paling berkesan untuk buat bateri telefon tahan lama.

Dalam kebanyakan versi Android anda boleh tutupkan setting vibration dan membuka Notification Bar di atas dan nyah-aktifkan ikon Vibration atau pilih setting dengan bunyi sahaja seperti General atau Outdoor.

# 7: Laraskan Screen Brightness dan Timeout

android-screenbrightness

Setting Brightness Android

Screen Brightness mengawal kecerahan skrin sementara Timeout mengawal betapa cepatnya skrin peranti anda digelapkan apabila anda tidak menggunakannya. Melaraskan kedua setting ini dengan betul boleh membantu buat bateri telefon tahan lama.

Untuk melaraskan Screen Brightness, pergi ke Settings > Display > Brightness. Tutupkan Automatic Brightness jika ia diaktifkan. Kemudian laraskan kecerahan skrin anda sehingga ia tidak terlalu cerah. Semasa anda melaraskan kecerahan skrin, pastikan anda melakukannya dalam suasana yang anda paling kerap gunakan telefon / tablet anda.

Setting Timeout Android

Setting Timeout Android

Untuk melaraskan setting Timeout, pergi ke Settings > Display > Timeout. Tetapkan setting Timeout tidak melebih 2 minit bagi penjimatan kuasa bateri yang baik. Lebih tinggi nilai Timeout ini, lebih cepat kuasa bateri dihabiskan.

Bookmark the permalink.

Comments are closed.